saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 02/01/2011

Juhar angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-10


MUSA Aman memberi ucapan tahniah kepada Juhar Mahiruddin (kanan) selepas Majlis Istiadat Lafaz Sumpah Jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah yang ke-10 sambil disaksikan Richard Malanjum (dua kanan) di Istana Negeri, Kota Kinabalu, semalam. - bernama


KOTA KINABALU 1 Jan. -- Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baru.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Ke-10 di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum pada upacara yang berlangsung di Istana Negeri di sini.

Sejurus selepas Istiadat Lafaz Sumpah itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman memberi ucapan tahniah dan melafazkan ikrar taat setia kepada Juhar.

Juhar, 57, menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah yang tamat perkhidmatan sebagai Yang Dipertua Negeri semalam selepas dua penggal memegang jawatan itu.

Di bawah perlembagaan negeri, Yang Dipertua Negeri yang dilantik akan berkhidmat selama empat tahun bagi satu penggal.

Juhar dilahirkan pada 5 November 1953 di Kampung Tambisan, Sandakan dan berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari Wolverhampton Polytechnic, England.

Beliau memulakan kariernya dalam perkhidmatan awam sebagai majistret kelas pertama pada 1982, sebelum menjadi seorang setiausaha politik di Jabatan Ketua Menteri empat tahun kemudian.

Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat semasa menjadi anggota Parlimen kawasan Kinabatangan antara 1990-1999, sebelum memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri pada 2002.

Juhar mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Panglima Norlidah RM Jasni dan dikurniakan dua anak lelaki dan dua anak perempuan. -- Bernama

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.