saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/01/2011

Riuh Pagi Era bersiaran di SK Desa Pandan


Aznil Nawawi membuat lintas langsung di hadapan murid-murid sekolah yang baru memulakan sesi persekolahan pada perhimpunan pagi dalam segmen Riuh Pagi Era di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Jan. – Pengacara No. 1 negara, Aznil Nawawi turun padang ke Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Pandan dan Tadika Kemas Desa Pandan di sini bagi menyemarakkan sesi persekolahan 2011 yang bermula hari ini.

Aznil tiba di pekarangan SK Desa Pandan bersama dua rakan sekonti Riuh Pagi Era iaitu Ray (Shah Reza Mohd. Shah) dan Haniff (Haniff Hamzah) kira-kira pukul 6 pagi bagi sesi siaran luar yang turut disiarkan di Era FM.

Siaran luar konti itu dilakukan oleh tiga penyampai tersebut bagi menyemarakkan lagi permulaan sesi persekolahan tahun ini selain mendekatkan diri dengan peminat cilik.

Aznil tahun lalu pernah melakukan siaran luar seperti itu di SK Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. John, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, ini merupakan kali pertama Aznil bergandingan dengan dua penyampai itu menerusi siaran luar sempena permulaan sesi persekolahan.

Menariknya, ketiga-tiga penyampai itu berpakaian lengkap uniform sekolah bagi menaikkan semangat murid-murid tahun satu serta tadika yang baru mengenali alam persekolahan.

Ketika ditemui, Aznil menjelaskan, siaran luar yang dilakukan itu selain mencari kelainan ia juga bagi menyemarakkan lagi sesi baru persekolahan di kalangan pendengar Era.

“Malah, ada segmen baru Cayang Dia yang diperkenalkan hari ini yang berkaitan kanak-kanak jadi kami rasa memang ia bersesuaian dengan tema persekolahan hari ini.

‘‘Melihat anak-anak ini memulakan sesi sekolah memang menyeronokkan malah mereka sendiri nampak terkejut melihat saya di sekolah mereka.

“Ada yang teruja, ada yang takut, ada yang malu-malu malah tidak kurang juga yang menangis memulakan alam persekolahan,” kata Aznil.

Aznil, Ray dan Haniff bersiaran dari SK Desa Pandan sehingga pukul 8.30 pagi sebelum bergerak ke Tadika Kemas Desa Pandan dan menamatkan siaran luar mereka kira-kira pukul 10 pagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.