saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 04/01/2011

130 murid mula tahun satu di SK Lukut

TELOK KEMANG 3 Jan. - Seramai 130 murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan Lukut melangkah ke alam persekolahan bermula hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah ini mendapati kebanyakan murid kelihatan ceria dan gembira sebaik sahaja menjejakkan kaki ke sekolah sambil ditemani ibu bapa masing-masing.

Difahamkan pihak sekolah juga telah bersiap sedia dengan mengatur langkah awal selain memberikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka sebaik sahaja memasuki kelas.

Ini merupakan salah satu daripada usaha untuk memberikan mereka lebih keyakinan apabila melangkah ke alam persekolahan yang lebih tinggi.

Menurut Guru Besar Cemerlang, Mohamed Noh Abdullah, kesemua murid tersebut tidak menunjukkan sebarang masalah di sekolah mahupun di kelas sebaik sahaja memulakan sesi pembelajaran.

"Untuk itu, kami mula memberikan pendedahan awal kepada para murid supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran harian," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas beliau, antara aktiviti yang dijalankan seperti taklimat serta mengikuti perhimpunan sebelum dibawa melawat untuk mendekati segala kemudahan di sekolah sebagai langkah untuk menghilangkan rasa takut mereka.

"Berdasarkan pemerhatian pihak sekolah, kami mendapati mereka dilihat lebih berani dan mampu berdikari walaupun ibu bapa tidak bersama," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.