saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 05/01/2011

SK Gentisan perlu segera dinaik taraf


MUSLIATI Muslimin (tengah) bersama 80 murid yang menerima sumbangan beg pada Program Back To School di SK Gentisan, Sepanggar, Sabah, semalam.


KOTA KINABALU 4 Jan. - Kerajaan diminta segera menaik taraf Sekolah Kebangsaan (SK) Gentisan di Sepanggar yang masih daif dan serba kekurangan.

Ketua Puteri UMNO Sabah, Musliati Muslimin berkata, pembaikan segera perlu bagi memberi keselesaan dan menjamin keselamatan murid-murid di sekolah berkenaan.

''Adalah menyedihkan apabila sekolah yang terletak tidak jauh dari bandar raya Kota Kinabalu ini begitu jauh terpinggir daripada perhatian Jabatan Pelajaran Sabah dan Kementerian Pelajaran.

''Sekolah kayu yang dibina pada 1965 ini sudah tidak mampu menampung jumlah murid semakin bertambah setiap tahun di samping mengalami pelbagai kerosakan," katanya.

Beliau menjelaskan demikian ketika ditemui pada Program Back To School di SK Gentisan di Sepanggar dekat sini hari ini.

Turut hadir Ketua Puteri UMNO Sepanggar, Aziah Atoh; Guru Besar SK Gentisan, Norhadayati Abdullah dan Ketua Kampung Gentisan, Awang Salleh Pengiran Jumat.

Pada majlis itu, seramai 80 pelajar kurang berkemampuan menerima beg sekolah sumbangan Puteri UMNO Malaysia.

Menurut Musliati, akibat kekurangan kelas seramai 612 murid di sekolah itu terpaksa berkongsi sembilan kelas dalam dua sesi persekolahan.

''Jadi kita amat mengharapkan perhatian dan tindakan pihak berkenaan memandangkan permohonan bagi menaik taraf sekolah ini sudah lama diajukan," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kemudahan pusat sumber di sekolah berkenaan juga perlu dipertingkatkan bagi menyediakan kelengkapan pembelajaran yang baik kepada pelajar.

Katanya, kekurangan bahan bacaan dan infrastruktur menyebabkan pusat sumber berkenaan gagal memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid.

''Kebanyakan kemudahan pusat sumber di sekolah ini cuma dibina atas inisiatif Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sahaja tanpa peruntukan daripada Kementerian Pelajaran atau pihak Jabatan Pelajaran Negeri," katanya.

Sementara itu, Norhadayati menambah, pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah itu menunjukkan peningkatan setiap tahun.

''Pada tahun lalu pencapaian UPSR di sekolah ini meningkat kepada 36.5 peratus berbanding hanya 18 peratus pada 2009," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.