saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 05/01/2011

230 pesilat uji ketahanan fizikal daki Bukit Marak

BACHOK 4 Jan. - Bukit Marak yang dahulunya dikenali sebagai bukit pertapaan legenda Puteri Saadong, menjadi lokasi pilihan 230 anggota Pertubuhan Seni Silat Gayumea Stameagarea Kelantan untuk menguji kecergasan fizikal mereka menerusi aktiviti pendakian yang diadakan hari ini.

Yang dipertua pertubuhan seni silat itu, Che Amat Che Nooh berkata, ekspedisi itu melibatkan 105 pesilat lelaki dan 125 perempuan termasuk seorang pesilat kanak-kanak berusia lima tahun, Muhamad Aminuddin.

Beliau berkata, keadaan bukit di sepanjang musim hujan dengan tanah becak dan licin memberi cabaran kepada pesilat untuk mendaki sehingga ke puncak.

"Ia adalah sebahagian latihan tambahan kepada pesilat yang telah menjalani majlis pelimau gelanggang Peringkat Kedua pada 7 Disember baru-baru ini.

"Selain itu, ia turut mendedahkan lokasi bersejarah yang pernah dikunjungi ramai pelawat pada suatu masa dahulu untuk melakukan pendakian sambil menyaksikan batu tapak kaki Awang Selamat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Che Amat berkata, selain mengajar ilmu persilatan dan seni mempertahankan diri, persatuan ini turut memupuk kecintaan pesilat terhadap alam sekitar dan sejarah tempatan terutama Bukit Marak yang semakin dilupakan oleh generasi muda sekarang.

Beliau berkata, aktiviti mesra alam dan perkelahan minda di puncak Bukit Marak membantu memantapkan hubungan antara sesama pesilat dan pesilat dengan alam sekitar dengan menghayati keindahan alam semula jadi ciptaan tuhan.

Menurutnya, setiap pergerakan sepanjang pendakian dipantau oleh jurulatih silat yang bertauliah bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku, dan keseluruhan pesilat berjaya tiba di puncak bukit dalam tempoh 25 minit sahaja.

Che Amat berkata, kawasan itu sepatutnya dibangunkan semula kerana ia berpotensi dijadikan kawasan riadah kepada orang ramai termasuk pelancong yang berminat dengan cerita legenda Puteri Saadong.

Sebelum ini, Pengarah Bahagian Warisan Budaya, Jabatan Warisan Negara, Sirri Neng Buah turut mencadangkan supaya kerajaan negeri menghargai peninggalan sejarah sebagai produk warisan bangsa yang tinggi nilainya dan tidak membiarkannya luput ditelan arus pembangunan.

Menurut beliau, kesan sejarah itu amat penting kerana ia merakamkan asal usul pemerintahan raja di negeri ini yang boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan.

"Warisan itu sangat penting untuk dipulihara dan dikekalkan sebagai bahan bukti dan rujukan kewujudan puteri legenda kepada generasi akan datang," katanya.

Pada sekitar 1980-an, kesan sejarah itu sering dikunjungi ribuan pelawat termasuk pelajar sekolah pada setiap hujung minggu untuk menyaksikan pelbagai kesan peninggalan seperti tapak Awang Selamat, batu menyerupai gajah, gendang batu dan bilik persolekan peninggalan puteri legenda itu yang terletak di puncak Bukit Marak.

Menurut Sirri, jabatannya sedia mengambil alih tanah berkenaan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan mewartakan sebagai kawasan sejarah dengan membayar pampasan mengikut kadar yang berpatutan sekiranya pemilik tanah di kawasan itu bersetuju.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.