saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 06/01/2011

Masjid Inuvic


MASJID INUVIC, yang diselimuti salji ini merupakan masjid pertama di kutub utara.


MUSLIMS Were Eskimos Long Before Eskimos Became Muslims… dan Allah Conquers North Pole adalah antara tajuk menarik dipetik apabila kisah masjid ini mendapat liputan meluas oleh kebanyakan media.

Apa pun tajuk yang diberi, tiada siapa pernah menyangka dalam keadaan permukaan salji yang tebal, cuaca dingin yang membeku atas nama Kutub Utara itu, akhirnya tersergam sebuah masjid di situ!

Masjid Inuvic pada mulanya dibina di bandar Manitoba yang kemudiannya dibawa ke Inuvic sejauh 4,000 kilometer, yang terletak di barat laut Kanada.

Walaupun hanya bersaiz seluas 140 meter persegi sahaja, masjid yang dicat kuning keseluruhannya ini memberikan makna yang sangat besar kepada hampir 100 orang komuniti Islam yang mendiami Inuvic.

"Ada yang mengatakan dengan adanya masjid ini menjadi satu sempadan daerah yang baru kepada keluasan Islam di dunia ini.

"Tetapi bagi saya apa yang lebih penting ialah umat Islam di sini yang pernah bersolat Jumaat di gereja Katolik (bekas) atau di dalam kabin treler, sekarang mereka memiliki tempat yang hebat, menara dan kiblat yang tepat untuk beribadat," kata Amier Sulaiman, salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Inuvic kepada agensi berita, AFP.

Jumlah penduduk Islam di Inuvic, iaitu sebuah kota salju dingin dengan seramai 4,000 penduduk di wilayah Barat Laut Kanada telah berkembang dengan begitu pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menjadi 100 orang.

Ini menyebabkan mereka tidak lagi boleh menggunakan tiga kabin atau karavan lama yang hanya berukuran tujuh meter panjang yang digunakan untuk solat berjemaah.

Lalu mereka perlu mencari jalan memiliki sebuah masjid tanpa memikirkan sebarang rekod ketika itu, sama ada ia bakal merupakan masjid pertama di Kutub Utara mahupun tidak.

Para jemaah selain terdiri daripada kalangan masyarakat Eskimo, sebahagian besar lagi adalah para imigran Muslim Sunni yang datangnya dari Sudan, Lebanon dan Mesir yang berpindah sehingga jauh ke utara Kanada semata-mata untuk mencari pekerjaan dan kesempatan ekonomi yang lebih baik.

Namun jika hendak membina masjid di Inuvic itu sendiri, ia menelan belanja yang sangat besar.

Ia menyebabkan para jemaah yang ada masih tidak mampu ekoran kos tenaga kerja dan bahan-bahan pembinaan masjid itu adalah jauh lebih tinggi kos berbanding di bahagian lain di Kanada.

Alhamdulillah, apabila niat adalah murni, ikhlas dan suci maka Allah permudahkan usaha komuniti Islam Inuvic itu. Ia terbukti apabila sebuah organisasi Islam, iaitu Yayasan Zubaidah Tallab dari Thompson, Manitoba menawarkan bantuan sebanyak RM930,000 untuk membiayai pembinaan dan kos pengangkutan masjid ini.

Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding RM2.8 juta jika dibina di bandar Inuvic.

Sejurus siap pada awal Oktober lalu, ia menjadi masjid bergerak atau sebenarnya dibawa merentasi jalan darat dan sungai untuk didirikan di bandar Inuvic.

Masjid itu dibawa melalui padang rumput yang luas dan hutan Barat Kanada, iaitu melewati bandar Manitoba, Saskatchewan dan Alberta menuju ke Sungai Hay di tepi danau Great Slave, Wilayah Northwest.

Dari situ, masjid tersebut dipindahkan ke atas sebuah feri dan dibawa belayar menyusuri sepanjang Sungai McKenzie ke Inuvic, sejauh 200 kilometer ke utara Lingkaran Artik.

Masjid baru yang dikenali sebagai Little Mosque on the Tundra itu kemudiannya disudahkan pembinaannya secara gotong royong oleh kalangan komuniti Islam. Ini termasuk dihamparkan permaidani merah untuk zon solat di dalam masjid yang turut terdapat kemudahan dapur dan sebuah perpustakaan kecil, sekali gus menjadi pusat komuniti Muslim pertama di daerah zon titik paling sejuk di Hemisfera Utara ini.

"Gabungan langit yang biru dan gelap di malam hari dengan cahaya lampu yang terang daripada masjid dan menara menjadi satu pemandangan yang sangat indah walaupun semasa kabus dan salji tebal menyelimuti alam," kata Amier lagi.

Ditambah dengan laungan azan daripada menara masjid setinggi 30 meter, seolah-olah mampu mencairkan salji namun solat mula dipanggil melalui seruan dari Kutub Utara!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.