saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 06/01/2011

Tiada masalah kewangan

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Empayar MMC Corp. Bhd. (MMC), syarikat senaraian awam yang dimiliki oleh tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, sama sekali tidak akan mengulangi sejarah Renong Bhd. (Renong) yang runtuh akibat beban hutang yang tinggi.

Sumber yang rapat dengan tokoh itu berkata, jumlah hutang yang ditanggung MMC dan anak-anak syarikatnya tidak sebesar seperti yang didakwa oleh pihak-pihak yang sengaja membesar-besarkan isu hutang milik syarikat konglomerat itu.

''Dakwaan ini bukan sahaja tidak benar tetapi juga tidak berasas langsung. Ia dibuat hanya berdasarkan persepsi pihak tertentu,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Sumber itu membuat kenyataan itu sebagai reaksi terhadap laporan Straits Times Singapura yang mendakwa Syed Mokhtar kini berdepan dengan masalah hutang berjumlah RM25 bilion dengan RM21 bilion adalah daripada MMC.

Mengulas lanjut tentang dakwaan itu, sumber berkenaan tidak menolak tuduhan seumpama itu buat kerana perasaan 'sakit hati' tetapi enggan mengulas lanjut.

Bagi menjelaskan perkara itu, sumber itu berkata, hutang MMC sahaja hanya RM6.7 bilion sahaja dan syarikat-syarikat berkaitan dengan tokoh korporat itu ialah RM20.9 bilion.

Paling besar ialah hutang Malakoff Bhd. (Malakoff) RM14.2 bilion dan Pelabuhan Tanjung Pelepas RM2.6 bilion.

Tegas beliau, biarpun hutang Malakoff adalah besar tetapi syarikat itu masih mampu melunaskannya kerana ia memiliki konsesi perjanjian yang panjang.

Beliau menambah, hutang yang ditanggung Malakof dan PTP juga tidak boleh direkursa (recourse) oleh MMC, sebaliknya perlu dilangsaikan oleh syarikat-syarikat berkenaan.

Bagi memperkukuhkan bahawa MMC tidak mempunyai masalah kewangan, sumber itu berkata, pada suku ketiga 2010, ia menerima dividen sebanyak RM200.4 juta berbanding RM189.3 juta pada tempoh yang sama 2009.

Berikutan itu, kata sumber tersebut, MMC memperoleh projek aliran transit massa kerana keupayaan untuk mengendalikan projek kerajaan itu, selain kewangan yang kukuh.

Malah, katanya, Credit Suisse yang membuat penarafan terhadap MMC mengunjurkan keupayaan syarikat itu untuk memperoleh EBITDA sebanyak RM3.25 bilion daripada anak-anak syarikatnya.

Tambah beliau, MMC mempunyai gearan (nisbah hutang berbanding ekuiti) 2.6 kali dengan dilindungi kadar faedah, setakat ini, syarikat itu tidak pernah mempunyai masalah untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan.

Difahamkan MMC baharu selesai melaksanakan pembiayaan semula hutangnya berjumlah RM750 juta daripada sebuah bank perdagangan.

Selain projek MRT, MMC pula masih melaksanakan projek landasan berkembar, satu projek pembangunan yang mampu memberi keuntungan.

Malah, sumber berkata, MMC juga masih mempunyai tanah di Senai Industrial Park yang boleh menjana kewangan tunai syarikat tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.