saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 06/01/2011

Arang batu susutkan hargasaham TNB

KUALA LUMPUR 5 Jan.- Nilai saham syarikat utiliti, Tenaga Nasional Bhd. (TNB), mengalami kelembapan berikutan kebimbangan mengenai kenaikan harga arang batu, yang boleh memberi kesan kepada pendapatan, kata AmResearch.

Arang batu mencatatkan 40 peratus daripada sumber penjanaan kuasa TNB.

Pada jam 12.30 pagi, saham Tenaga turun 6.0 sen kepada RM6.66 apabila keadaan banjir yang buruk di Australia menganggu bekalan arang batu dari negara itu dan sebahagiannya menyumbang kepada kenaikan harga arang termal.

AmResearch dalam laporan syarikatnya berkata, berdasarkan harga semasa yang berkisar di atas AS$100 (RM310) setan metrik dan kadar pertukaran AS/RM, keuntungan bersih Tenaga bagi tahun kewangan 2011 hingga 2013, boleh turun antara 28-29 peratus.

Tenaga membeli 17 peratus daripada 18 juta tan metrik keperluan arang batunya bagi tahun kewangan 2010 dari Australia, 71 peratus dari Indonesia dan 11 peratus dari Afrika Selatan, kata syarikat penyelidikan itu.

Arang batu merupakan 48 peratus daripada kos bahan api bagi tahun kewangan 2010 TNB.

Kebanyakan bekalan arang batu dibeli di bawah kontrak berpenggal di mana harga dirunding setiap tahun mengikut harga semasa.

Harga semerta arang batu Newcastle telah meningkat 18 peratus sejak sebulan lepas kepada AS$126 (RM390) setan metrik sekarang ini. Ini merupakan 26 peratus daripada penggunaan arang baru yang bernilai AS$100 setan metrik bagi tahun kewangan 2011 hingga 2013 yang dinyatakan AmResearch.

"Kami menganggarkan bahawa kenaikan AS$10 (RM31) setan metrik purata kos arang batu kami di atas unjuran kos arang batu, akan menghakis keuntungan bersih kewangan 2011 Tenaga sebanyak 18 peratus.

"Kami juga mengambil kira kenaikan dolar AS berbanding ringgit sebanyak 3.0 peratus kepada RM3.06 sedolar sekarang ini. Ini boleh mengimbangi sebahagian kesan kos bahan api yang lebih tinggi," kata AMResearch. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.