saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/01/2011

Undian penentu juara Gerbang Cinta


Sepuluh pasangan finalis Peraduan Gerbang Cinta menunggu undian pembaca.


DEBARAN 10 finalis Peraduan Gerbang Cinta Musim Ke-2 anjuran Mega-Utusan Malaysia dua semakin memuncak apabila hanya tinggal kira-kira dua minggu lagi undian penentuan juara peraduan itu akan ditutup.

Undian daripada orang ramai yang bermula sejak 25 Disember lalu menerusi laman web syokkahwin.com itu antara yang akan digunakan bagi menentukan pemenang utama pertandingan berkenaan yang menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM300,000.

Ini kerana jumlah undian akan dicampurkan dengan markah yang diperoleh finalis pada sesi cabaran kerja-kerja amal di rumah anak yatim dan orang tua yang telah berlangsung baru-baru ini.

Pemilik dan pengendali laman web syokkahwin.com, Mohd. Faisal Mohd. Zabidy, kesemua peserta kini sedang bersaing sesama sendiri dalam memberikan komitmen yang terbaik bagi meraih undi yang paling tinggi.

Biarpun tempoh undian agak singkat iaitu sebulan, komitmen yang ditunjukkan oleh peserta cukup membanggakan apabila mereka bersaing untuk 'mempercantikkan' laman tersebut dengan kisah cinta masing-masing.

Menerusi laman web tersebut, para pengunjung juga dapat mengetahui segala aktiviti yang disediakan penganjur sepanjang berlangsungnya peraduan.

Tegas Faisal lagi, pengundian tersebut yang akan ditutup pada 20 Januari nanti akan menentukan pemenang utama serta menilai sejauh mana kemahiran mereka dalam teknologi.

''Keadaan semakin sengit kini apabila kesemua finalis menunjukkan kreativiti masing-masing untuk berkongsi pengalaman percintaan mereka melalui laman web yang disediakan,'' ujarnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Faisal memberitahu, kesemua peserta diberikan tempoh selama 30 hari untuk berkongsi pelbagai kisah termasuklah kisah-kisah percintaan mereka untuk dimuat turun di laman web tersebut.

''Dari situ kita boleh menilai, bagaimana hebatnya kisah percintaan mereka sehingga boleh mengikat janji untuk sehidup semati,'' ujarnya.

Tambah Faizal lagi, melalui laman web itu juga ia mampu menguji semangat kerjasama antara pasangan dalam menarik undi.

''Kebanyakan mereka meraih undi melalui laman sosial untuk mengajak rakan-rakan bagi mengundi mereka.

"Orang ramai juga boleh mengetahui aktiviti atau berita terkini mengenai Peraduan Gerbang Cinta menerusi facebook dengan menaip kata kunci Gerbang Cinta, '' katanya lagi.

Bagi mereka yang belum mengundi calon Gerbang Cinta masing-masing boleh berbuat demikian dengan mengunjungi laman web www.syokkahwin.com/gerbangcinta2.

Dalam pada itu laman web syokkahwin.com merupakan satu direktori perkahwinan yang memberi kemudahan kepada pasangan yang bercadang untuk berkahwin dalam menyediakan persiapan.

''Di sini kami menyediakan maklumat tentang persediaan perkahwinan meliputi katering, andaman, busana pengantin, pinjaman bank untuk berkahwin dan bermacam-macam lagi," terangnya lagi

Pengunjung laman web juga boleh membuat pilihan daripada promosi yang ditawarkan untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik.

Dia yang mula mengendalikan laman tersebut sejak empat tahun lalu menjelaskan, turut dimuatkan ialah panduan-panduan mengemudi rumah tangga.

"Bukan sekadar persedian perkahwinan tetapi juga maklumat-maklumat terkini berkaitan persediaan melangkah ke alam rumah tangga turut disediakan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:09
Zohor 1:29
Asar 4:45
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.