saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 07/01/2011

Anifah, kerajaan berjaya batalkan saman Anwar

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan kerajaan, hari ini berjaya membatalkan saman fitnah RM100 juta yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mereka, hampir dua tahun lalu.

Anwar memfailkan saman tersebut kerana mendakwa Anifah telah membuat kenyataan yang memfitnahnya dalam sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, (AS), Hillary Clinton di Jabatan Negara AS, Washington pada 16 Mei 2009.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O'hara memutuskan demikian di kamar beliau di sini selepas membenarkan dengan kos permohonan Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis untuk mengetepikan saman tersebut.

Hakim tersebut turut memerintahkan kos ditaksirkan kemudian dan dibayar oleh Anwar selaku plaintif.

Pada prosiding hari ini, Anifah selaku kapasitinya sebagai individu dan ahli Parlimen yang dinamakan defendan pertama diwakili oleh peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah manakala Sankara Nair mewakili Anwar.

Sementara Menteri Luar dan kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai defendan kedua dan ketiga diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh.

Sementara itu, Nair menerusi e-mel yang dihantar kepada pihak media petang ini menyifatkan keputusan yang dibuat sebagai tidak munasabah kerana tiada sebarang alasan diberikan.

Sehubungan itu Nair berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Dalam saman yang difailkan pada 27 Mei 2009, Anwar mendakwa, Anifah dalam kenyataannya menyebut Anwar pernah menawarkannya jawatan Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September tahun yang sama.

Plaintif juga mendakwa, Anifah memfitnahnya dengan membuat kenyataan bahawa Anwar sedang cuba 'membeli' ahli Parlimen dan memburukkan imej negara.

Tindakan Anifah, menurut Anwar, telah mencetuskan kebencian dan kemarahan umum terhadapnya, merendahkan tarafnya, menggalakkan dan memulakan penghinaan politik serta menyebarkan sesuatu yang palsu.

Sehubungan itu Anwar menuntut ganti rugi am RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan selain injunksi untuk menghalang pihak defendan melafazkan, bercakap atau menulis mahupun menerbitkan perkataan fitnah itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.