saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/01/2011

Mangsa tikam 19 kali meninggal

JOHOR BAHRU 7 Jan. - Selepas 23 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, mangsa tikam 19 kali dan disimbah asid, Nur Ain Ashikin Jemedi, 18, akhirnya meninggal dunia hari ini.

Mangsa yang dimasukkan ke hospital berkenaan pada 16 Disember lalu menghembuskan nafas terakhir pukul 8.32 pagi di sisi tiga kakaknya, Siti Zubaidah, 21, Marlina, 30, dan Suraidah, 30.

Bagaimanapun, ibu mangsa, Tuminah Samsuri, 54, tidak berada di hospital berkenaan.

Marlina ketika ditemui berkata, pihak hospital menghubunginya pukul 11 malam semalam bagi memaklumkan keadaan mangsa yang semakin kritikal.

"Apabila kami sampai kira-kira 30 minit kemudian, didapati Nur Ain sedang nazak. Malah, pihak hospital memaklumkan badannya tidak lagi boleh menerima darah dan ubat-ubatan," katanya.

Jenazah Nur Ashikin dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Redan, Kota Tinggi, petang ini.

Dalam kejadian pukul 9.15 pagi 16 Disember lalu, mangsa yang berasal dari Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi ditikam bertubi-tubi oleh seorang lelaki.

Tikaman itu mengenai kiri dan kanan punggung, belakang badan, kedua-dua belah tangan dan kaki mangsa.

Selain itu, mangsa turut disimbah asid mengakibatkan dirinya melecur 75 peratus.

Kejadian dikatakan berlaku akibat suspek tidak dapat menerima hakikat cintanya ditolak oleh mangsa selain perasaan cemburu.

Semasa mendapat rawatan di hospital berkenaan, Nur Ain telah melalui beberapa siri pembedahan termasuk membuang kulitnya yang mati akibat disimbah asid.

Tertuduh, Habin Noor Sulaiman yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Isnin lalu, dijatuhi hukuman penjara 17 tahun dan lima sebatan selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan terhadap Nur Ain.

Marlina yang merupakan kakak sulung mangsa berkata, sebelum kejadian iaitu pertengahan Disember lalu, Nur Ain kelihatan ceria dan suka bergurau.

"Dalam tempoh berkenaan, dia suka menyakat anak-anak saudaranya serta rajin membantu kerja memasak di dapur. Ini berbeza kerana sebelum ini dia agak 'liat' jika disuruh buat kerja-kerja dapur.

"Biarpun begitu, kami reda dengan pemergian Nur Ain. Lagipun kami sedih melihat penderitaan yang dialaminya akibat kejadian itu. Semoga dia tenang di 'sana'," katanya.

Dalam pada itu, Marlina berharap supaya pihak polis dapat membuka semula kertas siasatan sekali gus tertuduh dapat dikenakan hukuman lebih setimpal dengan jenayah yang dilakukannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Mohammad Sebot ketika dihubungi berkata, pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan dan setelah itu ia akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:01
Zohor 1:23
Asar 4:27
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.