saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/01/2011

Imam Muda kedua terbuka peserta seluruh dunia - Astro

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Program realiti Imam Muda musim kedua mewujudkan perubahan apabila turut membuka peluang kepada muslimin dari seluruh dunia untuk hadir uji bakat.

Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Aminullah berkata, keterbukaan Astro mengalu-alu penyertaan antarabangsa adalah berdasarkan permintaan yang menggalakkan daripada peminat yang mengikuti program tersebut pada musim lalu.

"Maklum balas menggalakkan dapat dilihat di laman sosial Facebook daripada peminat-peminat program itu dari Timur Tengah, Perancis, Jerman, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

"Kami menjangkakan kehadiran peserta antarabangsa ini mampu meningkatkan persaingan yang sihat di kalangan peserta dalam program ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Imam Muda musim kedua di Restoran Al-Diafah, Seri Petaling, di sini semalam.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar.

Kata Zainir, setiap calon antarabangsa beragama Islam berumur antara 18 dan 27 tahun yang berminat mestilah berkebolehan bertutur dalam bahasa Melayu sebagai syarat utama bagi memartabatkan penggunaan bahasa tersebut.

Beliau berkata, uji bakat pertama akan diadakan pada 22 dan 23 Januari ini di Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru.

Selain itu, program yang mendapat tempat di mata dunia itu juga turut menambah lokasi uji bakat iaitu di Kota Kinabalu, Sabah

(Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) 26 - 27 Februari 2011).

Lain-lain lokasi adalah Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan (28 - 29 Januari), Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah (11 - 12 Februari), Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang (19 - 20 Februari) dan Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur (5 - 6 Mac).

Katanya, seperti program pertama, musim ini juga Astro mendapat kerjasama dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

"Untuk musim kedua ini, bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud Al-Hafiz masih dikekalkan sebagai Mudir.

"Sementara para bakal imam muda masih mengikuti jadual ketat dan kali ini mereka didedahkan dengan cabaran baru seperti selok belok ekonomi, perdagangan dan perubahan berdasarkan kitab suci al-Quran," katanya.

Menurutnya, program Imam Muda musim kedua dijangka disiarkan secara rasmi mulai 25 April depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.