saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 08/01/2011

Pekebun kelapa matak rugi tanaman dimusnah kera


MOHAMAD Mohaidin menunjukkan tanaman yang dirosakkan kera di kebun kelapa mataknya di Kampung Sisek, Mersing, kelmarin.


MERSING 7 Jan. - "Bermacam-macam cara kami buat untuk jaga tanaman tapi ia tetap dirosakkan kera." Demikian antara luahan penduduk Kampung Sisek, dekat sini yang semakin kebingungan kerana usaha mereka menanam kelapa matak seakan-akan kerja 'sia-sia'.

Justeru, mereka berharap pihak yang berkaitan membantu mereka menangani masalah tersebut dengan segera bagi bersama-sama menjayakan projek tanaman kelapa matak di bawah skim bantuan Jabatan Pertanian itu.

Seorang peserta, Mohamad Mohaidin, 35, berkata, kumpulan kera yang sering merosakkan tanaman bukan hanya menyebabkan mereka menanggung banyak kerugian malah dikhuatiri Jabatan Pertanian menganggap peserta tidak bersungguh-sungguh menjayakan projek berkenaan.

"Kami pernah mengadu perkara ini kepada pejabat berkaitan dan meminta bantuan supaya memasang perangkap kera yang merosakkan tanaman tersebut.

"Kami juga bercadang untuk memanggil pemburu persendirian untuk menembak kumpulan kera itu. Tapi masalahnya pihak yang berkenaan tidak mengeluarkan lesen tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Selain kera, pokok kelapa matak tersebut turut dimusnahkan oleh babi hutan dan kambing milik penduduk tempatan.

Mohamad berkata, dia terpaksa mengganti dan menanam semula anak benih kelapa yang baru, setelah dirosakkan oleh binatang berkenaan.

"Sepatutnya setelah tiga tahun ditanam, pokok kelapa matak boleh mengeluarkan buah dan sedia dipetik," katanya yang mengusahakan tanaman seluas 0.5 hektar.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati lebih lima peserta yang menyertai skim bantuan itu mengalami masalah yang sama.

Malah ada antara mereka menanggung kos yang tinggi untuk menjaga dan menggantikan tanaman berkenaan yang musnah serta membaik pulih pagar kebun masing-masing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.