saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 09/01/2011

Khairy: Itu antara saya dan PM

KUALA LUMPUR 8 Jan. - "Itu antara saya dan Perdana Menteri," kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ketika ditanya sama ada pertemuannya dengan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyentuh kedudukannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Malah, beliau berkata, segala perkara berkaitan dengan pilihan raya umum juga tidak dibincangkan ketika pertemuannya dengan Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Sebaliknya, katanya, ia banyak menjurus kepada perbincangan untuk menyelesaikan setiap masalah serta isu yang menyentuh kepentingan rakyat.

"Dalam perbincangan ini, kita sebagai ahli Parlimen turut mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri bagi memastikan projek serta program berkaitan kepentingan rakyat dapat diteruskan," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) di Perdana Suite, PWTC.

Sementara itu, Khairy menghargai pendekatan Perdana Menteri dalam usahanya mendapatkan maklumat secara terus daripada semua ahli Parlimen BN berhubung permasalahan yang berlaku di kawasan masing-masing.

"Ini satu kaedah baru dalam usaha memantapkan kedudukan BN di mata rakyat. Kita mahu BN benar-benar menggalas harapan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, Perdana Menteri merupakan seorang pendengar yang baik apabila teliti mendengar setiap masalah rakyat yang dibawa oleh ahli-ahli Parlimen.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.