saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 09/01/2011

Jangan jadikan watak ustaz sekadar penghalau hantu

09/01/2011 3:53pm

KUALA LUMPUR, 9 Jan. - Di dalam filem atau drama televisyen lokal yang bergenre seram, watak ustaz dilihat sering dipaparkan sebagai sekadar tukang penghalau hantu dan jin.

Walaupun perkara ini bagi sesetengah orang adalah remeh, namun di kalangan sesetengah pendakwah, watak ustaz yang sebegitu telah disalah guna dan fungsi sedemikian perlu dibetulkan.

"Pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dahulu peka terhadap peranan besar yang dimainkan oleh pendakwah atau ustaz dan bukan menyempitkan peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata.

"Sedangkan peranan sebenar seorang ustaz adalah sebagai pembimbing masyarakat ke jalan yang benar. Watak seorang ustaz sepatutnya diperlihatkan sebagai pendakwah yang bertanggungjawab mengajak umat Islam melakukan kebaikan di muka bumi ini, kata Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia, Ustaz Mohd. Azahari Yusuf.

Beliau juga menegur mengenai elemen jampi serapah yang disebut oleh watak bomoh atau dukun dalam sesebuah filem atau drama, yang bercampur baur antara nama Allah dengan ungkapan bidaah dalam babak bagi tujuan mencuit hati penonton, yang sepatutnya tidak perlu ditonjolkan sebegitu. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.