saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/01/2011

Tindakan bakar Interlok dikutuk

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Kementerian Pelajaran mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membakar novel Interlok oleh kira-kira 100 penduduk di Klang, semalam.

Timbalan menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi turut menganggap dua wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Mariah Mahmud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang turut menyertai demonstrasi itu sebagai kebudak-budakan.

''Mereka yang terlibat dalam perbuatan itu cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada penulis tersebut sedangkan penulis berkenaan menulis dengan semangat patriotik, jujur dan ikhlas bagi menyampaikan mesej penting bagaimana hubungan kepelbagaian kaum mampu menjadi satu bangsa negara.

''Saya yakin, mereka yang mengambil tindakan tersebut tidak membaca novel itu malah cuba dipolitikkan walaupun novel tersebut mempunyai unsur pendidikan yang begitu besar,'' katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, kementerian akan bertemu dengan penulis novel Interlok, Abdullah Hussain untuk mendengar sendiri penjelasan daripada Sasterawan Negara itu berhubung penulisannya yang dikatakan menyentuh sensitiviti masyarakat India negara ini, hari ini.

Katanya, kementerian mengambil jalan rasional dalam membuat keputusan untuk meneruskan atau menarik balik penggunaan novel itu sebagai buku teks Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima sekolah menengah mulai tahun ini.

''Setakat ini, kementerian masih meneruskan penggunaan buku itu, cuma kita akan bertemu dengan penulis novel berkenaan mengenai perkara ini, esok.

''Sebelum ini anggota panel yang memilih novel itu sebagai buku teks telah menyatakan bahawa novel tersebut tidak ada unsur-unsur menghina kaum,'' katanya.

Apa yang pasti, jelas beliau, apa sahaja keputusan yang akan dibuat tidak bergantung pada tekanan tersebut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, kementerian akan berusaha menyelesaikan isu tersebut dengan mengambil kira kepentingan kedua-dua pihak.

''Ini kerana, perlu diingatkan bahawa ada pihak lain yang tidak berpuas hati dan tersinggung dengan cara isu ini dipersoalkan.

''Saya berharap semua pihak bersabar agar isu ini dapat ditangani dengan baik,'' katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengemukakan bantahan kerana muka surat 211 dan 220 novel itu didakwa mengandungi unsur sensitif yang boleh menyentuh perasaan sesetengah kaum.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.