saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/01/2011

India sampaikan anugerah tertinggi kepada Ajit Singh

NEW DELHI, 10 Jan - Bekas diplomat terkemuka Malaysia Tan Sri Ajit Singh menerima anugerah awam berprestij India yang diberi kepada kaum India yang tinggal di luar negara kerana sumbangan beliau yang sangat besar dalam membentuk hubungan dua hala India-Malaysia.

Presiden India Pratibha Patil menyampaikan anugerah khas "Pravasi Bharatiya Samman" kepada Ajit, pada majlis perpisahan persidangan Pravasi Bharatiya Divas edisi kesembilan di Delhi, pada Ahad.

"Ia penghormatan yang sangat besar bukan sahaja kepada saya tetapi juga buat Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa. Anugerah ini mencerminkan hubungan mesra India dan Malaysia serta perasaan saling menghormati oleh kedua-dua Perdana Menteri terhadap satu sama lain," kata Ajit kepada Bernama di luar majlis berkenaan.

Ajit, lulusan dari Universiti Malaya, memulakan kerjayanya dalam hal ehwal luar negara pada 1963 dan pada kemuncak profesionnya, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Asean yang pertama pada 1993 - melengkapkan kerjaya gilang gemilang beliau sebagai seorang diplomat yang sangat dihormati.

Semasa menjawat jawatan Setiausaha Agung, India menjadi rakan dialog sektoral dan kemudiannya rakan dialog penuh perkumpulan berkenaan, yang merintis hubungan baru India dengan rantau ini dan Malaysia.

"Hubungan itu kini memasuki fasa yang sebenar-benarnya dan wawasan yang ditetapkan oleh kedua-dua pemimpin ini (Perdana Menteri) akan meningkatkan perdagangan dan sasaran AS$15 bilion (perdagangan dua hala antara India dan Malaysia) menjelang 2015 mungkin dicapai," katanya.

Ajit, yang turut menganggotai Majlis Penasihat Global Perdana Menteri India bagi Individu yang Berasal dari India, sebuah panel berprofil tinggi terdiri daripada personaliti terkemuka seperti pemenang Anugerah Nobel Dr Amartya Sen, adalah antara 15 penerima anugerah itu tahun ini.

Antara lain, mereka menerima medalion emas dan sijil dengan mohor Presiden India.

Ketika berucap, Pratibha menggesa kaum India yang tinggal di luar negara supaya berkongsi kepakaran mereka dan menjadi sebahagian daripada pembangunan India yang sedang berkembang pesat.

"Kepakaran dan kemahiran anda akan menjadi sumber yang sangat penting dalam usaha India untuk mewujudkan pertumbuhan yang inklusif kepada semua penduduknya.

"Kemampuan anda yang sangat besar dalam bakat, kemahiran, pengalaman dan kewangan sememangnya diketahui ramai. Saya harap kami akan dapat melihat peningkatan yang pantas dalam jumlah, saiz dan skop aktiviti pembangunan di India oleh kaum India yang tinggal di luar negara," kata Pratibha.

Ajit, 72, yang lembut tutur kata, juga penasihat Majlis Perniagaan Malaysia-India (MIBC). - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.