saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/01/2011

Skop penyiasatan Suruhanjaya Diraja perlu menyeluruh

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Sebanyak 123 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa agar skop penyiasatan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan kerajaan dalam kes kematian pembantu politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock, 7 Januari lalu, dibuat secara menyeluruh dan terperinci.

Kumpulan itu berpendapat skop penyiasatan dijalankan sepatutnya tidak hanya terhad meneliti dan mengkaji peraturan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa proses siasatan mendiang dijalankan.

Sebaliknya, skop itu sepatutnya meliputi kajian terhadap punca kematian Beng Hock selain memastikan sama ada protokol siasatan diguna pakai SPRM mengikut standard antarabangsa dan hak asasi manusia.

Wakil NGO dari Kumpulan Peguam Untuk Kebebasan, Fadhia Nadwa Fikri berkata, pihaknya meminta semua dokumen yang digunakan serta laporan hasil kajian suruhanjaya itu didedahkan kepada awam.

“Kita mahu Suruhanjaya Diraja menyiasat siapa dalang sebenarnya di sebalik kematian Beng Hock dan mengheretnya ke muka pengadilan.

“Selain itu, siasat sama ada wujud unsur-unsur penderaan, penahanan secara tidak sah serta salah laku SPRM dalam kes kematian Beng Hock serta keperluan untuk menukar prosedur penyiasatan SPRM sedia ada,” katanya pada satu sidang media di Bangunan Dewan Perniagaan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Lebih 20 wakil setiap NGO-NGO terbabit termasuk dari Jemaah Islah Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Solidariti Mahasiswa Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Kumpulan Peguam Untuk Kebebasan hadir membentangkan usul tersebut.

Dalam usul itu juga turut dicadangkan tujuh nama untuk menganggotai Suruhanjaya Diraja tersebut iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Pengerusi Suhakam, Tun Musa Hitam, bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dan bekas Presiden Majlis Peguam dan Pertubuhan Hak Manusia Kebangsaan (HAKAM), Raja Aziz Addruse.

Turut dicadang, bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Chan Nyan Hoi, bekas Presiden Majlis Peguam dan penerima Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa 2009, Datuk Ambiga Sreenivasan, Pengarah Tenaganita, Dr. Irene Fernandez serta bekas Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Ronald Mc.Coy.

“Kita juga menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berlaku adil dan telus untuk memilih panel yang mempunyai integriti tinggi.

“Panel juga seharusnya terkenal dalam memperjuangkan hak asasi manusia serta bebas dari pengaruh mana-mana pihak untuk menganggotai suruhanjaya itu.

“Kita mencadangkan panel pemilihan dianggotai wakil keluarga Teoh, Majlis Peguam, kerajaan Selangor dan wakil dari komuniti pejuang hak kemanusiaan,” katanya.

Penubuhan Suruhanjaya Diraja itu diumumkan Najib pada Jumaat lalu dan diwujudkan dengan terma-terma khusus yang akan ditetapkan dan pihak kerajaan akan melantik ahli-ahli suruhanjaya daripada mereka yang terbilang dan dihormati.

Kata Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga akan ditubuhkan selama tempoh tiga bulan selepas satu tauliah pelantikan Pesuruhjaya dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 2 Akta 119 dan boleh dilanjutkan untuk tempoh masa seperti mana yang dibenarkan di bawah Seksyen 5 Akta 119.

Ia ditubuhkan selepas Mahkamah Koroner Shah Alam membuat keputusan terbuka di dalam inkues menyiasat punca kematian Beng Hock dengan mengesahkan mendiang menemui ajal bukan akibat dibunuh.

Koroner Azmil Mustapha Abas semasa membacakan keputusan bagi inkues terbabit turut menolak kemungkinan lelaki itu membunuh diri atau wujudnya tindakan pihak ketiga dalam kes tersebut.

Keputusan mahkamah itu bagaimanapun tidak dapat diterima oleh para penyokong dan ahli keluarga Beng Hock.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.