saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 12/01/2011

Amedia raih premium 17 sen

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Asia Media Group Bhd. (Amedia), syarikat media digital, penyiaran dan pengiklanan, mula disenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada premium 17 sen berbanding harga tawaran 23 sen sesaham.

Kaunter itu dibuka pada 40 sen dengan 240 lot diniagakan.

"Kami berpuas hati terhadap harga pembukaan dan menjangkakan keputusan yang baik pada penutup," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ricky Wong selepas penyenaraiannya hari ini.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Amedia Datuk Wira Syed Ali Syed Abbas Alhabshee, Pengarah Eksekutifnya, Sabaruddin Ahmad Sabri dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Datuk Hussian @ Rizal A. Rahman.

Amedia menawarkan infortainmen berkualiti tinggi dan iklan sasaran menerusi paparan elektronik digital yang dipasang di luar bangunan.

Syarikat yang menjangka dapat mengumpul RM23 juta menerusi penyenaraian itu, merancang membina lima hingga tujuh menara pemancar di Lembah Klang pada suku pertama tahun ini.

"Menerusi menara itu, kami dapat menawarkan liputan langsung berita, program hiburan secara langsung kepada mereka yang sentiasa bergerak," kata Wong.

Kumpulan itu juga berhasrat meluaskan operasi dalam rangkaian pengangkutan awam lain seperti Laluan Transit Ringan dan teksi.

Syarikat itu kini mempunyai 3,400 hingga 3,500 skrin yang dipasang di 1,500 buah bas pengangkutan awam seperti RapidKL. PLUSliner dan Transnational.

Wong berkata syarikat itu juga akan membangunkan rangkaian penyiaran Transit TV serta meluaskannya ke pasaran Kuantan dan Ipoh pada 2012. Tiga pusat pemasarannya kini terletak di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

Asia Media diberikan Lesen dan Spektrum penyiaran oleh kerajaan pada Jun 2010 untuk Transit-TV.

"Kami akan menggunakannya untuk meluaskan liputan Transit-TV ke rangkaian pengangkutan awam lain di seluruh negara," kata Wong. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.