saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/01/2011

Pelajar tingkatan satu cedera dibuli senior


Maimun Mohd. Yusof menunjukkan leher Nur Arfah Mohd. Nordin yang terpaksa dipakaikan penyokong leher di rumahnya di Kampung Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan, semalam.


TANAH MERAH 12 Jan. - Keseronokan seorang pelajar perempuan tingkatan satu terpilih memasuki sebuah sekolah berasrama penuh di Pasir Puteh, tidak lama apabila dia menjadi mangsa buli pelajar senior, kelmarin.

Kejadian menimpa Nur Arfah Mohd. Nordin, 13, semasa program suai kenal di sekolah tersebut, menyebabkan remaja berkenaan trauma dan enggan ke sekolah.

Malah mangsa juga kini sakit leher, bengkak di dahi, lebam di beberapa bahagian badan serta sakit tekak sehingga terpaksa dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) oleh ibu bapanya untuk rawatan.

Doktor yang merawat terpaksa memasang alat penyokong di leher Nur Arfah untuk mengelakkan kecederaan dialaminya itu bertambah serius.

Nur Arfah berkata, dia dan rakannya dipaksa empat pelajar senior yang tidak terlibat dalam program itu berlari dalam keadaan mata mereka ditutup dengan tudung.

Dia yang ketakutan, mengikuti arahan itu dan berlari menyebabkan dia terlanggar sebatang tiang besi sehingga cedera di mukanya.

"Empat pelajar senior itu tiba-tiba datang memegang tangan saya dan menyuruh berlari dalam keadaan membongkok dan mata ditutup.

"Masa berlari saya terhantuk sebatang tiang dan terjatuh. Ketika itu saya mula terasa sakit kepala dan pening," katanya ketika ditemui selepas menerima rawatan di HTM di sini, petang ini.

Katanya, seorang pelajar senior perempuan yang ditugaskan menjaga mereka kemudian datang dan memberi bantuan.

Menurut Nur Arfah, kakaknya, Noorazulaika, 15, yang turut belajar di sekolah itu telah diberitahu oleh rakannya mengenai peristiwa tersebut lalu segera menghubungi ibu bapa mereka.

Sementara itu, ibu mangsa, Maimun Mohd. Yusof, 39, yang terkejut dengan kejadian menimpa anaknya telah membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah, semalam.

Menurutnya, Noorazulaika turut meminta adiknya itu dipindahkan ke sekolah lain.

"Saya dan suami telah merancang untuk memindahkan anak kami ke sekolah lain. Tiada gunanya belajar di sekolah berasrama penuh tetapi hati mereka tidak tenteram," katanya.

Maimun turut kesal kerana pihak sekolah tidak menghantar anaknya ke hospital untuk menerima rawatan meskipun kecederaan dialaminya teruk.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang ketika dihubungi hari ini berkata, beliau belum dimaklumkan kejadian itu dan akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak sekolah terbabit, esok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.