saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/01/2011

cubaan cemar institusi kerajaan

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Tindakan peguam Karpal Singh memfailkan semakan kehakiman ke atas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi berhubung dakwaan pernah menyogok pegawai mahkamah dilihat sebagai cubaan untuk menjahanamkan institusi kerajaan.

Presiden Institut Tadbir Urus Korporat, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, tindakan Karpal itu amat mendukacitakan kerana ia dianggap usaha memperlekeh kredibiliti seorang pegawai tinggi kerajaan atas dorongan meraih sokongan politik.

Menurut Megat Najmuddin, Zaki merupakan seorang individu yang telus dan beliau tidak mempercayai Ketua Hakim Negara itu terlibat dalam sebarang kes pemberian rasuah.

"Saya lihat tindakan Karpal ini sebagai cuba mempolitikkan segala isu termasuk yang menyentuh tentang institusi awam dan ini tidak memberi sebarang kebaikan kepada negara.

"Tindakan Karpal itu bukan sahaja memburukkan maruah Zaki malahan ia juga boleh menjahanamkan kredibiliti institusi kerajaan apatah lagi yang berkaitan badan kehakiman negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Megat Najmuddin yang merupakan seorang peguam dan pemilik firma Tetuan Megat Najmuddin Leong & Co. mengulas tindakan Pengerusi DAP itu memohon mendapatkan perintah mandamus bagi memaksa Zaki menjelaskan tuduhan tersebut.

Dalam tindakannya kelmarin, Karpal juga mahu mengheret Zaki ke Tribunal Kod Etika Hakim dan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Zaki daripada menentukan merit aduan ke atas kes berkenaan.

Tindakan itu merupakan percubaan Karpal bagi menekan Zaki yang didakwanya pernah mengakui memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah ketika menjadi peguam, semasa berucap dalam satu konvensyen di Kuching pada November 2008.

Bagaimanapun, Zaki kemudiannya menafikan mengeluarkan kenyataan itu dan mendakwa ia telah disalah tafsir sesetengah media.

Megat Najmuddin seterusnya menasihatkan Karpal supaya ikhlas dan berupaya membezakan antara perjuangan politik dengan profesion sebagai seorang peguam.

"Walaupun saya tidak dapat memastikan Zaki pernah memberikan sogokan, mengenali Zaki, beliau bukanlah jenis manusia yang sebegitu dan tindakan Karpal mempolitikkan perkara itu langsung tidak bermanfaat," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.