saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/01/2011

Peluang lepasan SPM sambung belajar

KUALA TERENGGANU 14 Jan. - Mulai tahun ini, lebih ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berpeluang menyambung pengajian di peringkat diploma dan sijil apabila kerajaan menawarkan lebih 148,500 tempat di institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia melibatkan sejumlah 14,000 tempat bagi pengambilan kursus asasi dan 34,000 tempat untuk diploma di IPTA.

Selain itu jelasnya, sebanyak 51,000 tempat ditawarkan untuk diploma di politeknik dan 11,000 tempat bagi peringkat sijil di kolej-kolej komuniti serta 38,500 tempat untuk sijil di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Beliau menjelaskan, peluang julung kali itu ditawarkan sempena Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 'Jom Masuk U' yang membawa pendekatan 1Malaysia: Pendidikan Untuk Semua, yang bermula di sini hari ini.

"Penganjuran karnival kali ini akan membantu memastikan semua pelajar lepasan SPM dan setaraf dengannya memperoleh pendidikan lanjutan termasuk bidang kemahiran dan teknikal.

"Peluang ini juga untuk pelajar yang kurang cemerlang dalam SPM," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran karnival tersebut yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini.

Karnival dua hari berakhir esok itu dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Mohamed Khaled berkata, jumlah tempat yang ditawarkan itu merupakan sebahagian daripada 469,500 tempat yang disediakan untuk lepasan SPM atau setaraf selain di IPTS.

"Ia juga memberi peluang pendidikan lanjutan lain seperti tingkatan enam, matrikulasi, program ijazah sarjana muda pendidikan dan program persediaan ke luar negara secara tajaan," ujarnya.

Beliau berkata, kementeriannya juga merancang mengarusperdanakan program pengajian diploma di IPTA bagi memperkasakannya sebagai salah satu pilihan pelajar lepasan SPM.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.