saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/01/2011

'Filem saya untuk diri sendiri'


U-WEI tidak kecil hati dengan sekian banyak kritikan yang dilemparkan ke atas filem-filem arahannya.


U-WEI Saari mula dikenali sebagai pengarah dalam bidang lakonan tanah air menerusi drama berjudul Bukan Gantung Diri yang diarahkannya pada tahun 1987.

Perempuan, Isteri dan .... pula merupakan filem pertama arahannya pada 1993. Selepas itu namanya terus mengharum sebagai antara pengarah filem tersohor di negara ini.

Sejak 24 tahun lalu sehingga kini, dia aktif mengarahkan drama dan filem cereka. Yang terbaru ialah filem Hanyut dengan kosnya mencecah RM11 juta.

Biarpun telah mengarahkan enam buah filem sejak 18 tahun lalu, tetapi U-Wei banyak menerima kritikan kerana jalan cerita yang dipaparkan dalam karya-karyanya dikatakan agak berat.

Pengarah berusia 56 tahun itu suka menampilkan jalan cerita yang berkisar tentang rasa dan pengamatannya mengenai subjek sosio budaya dalam filem-filem arahannya.

Isu-isu tentang budaya Melayu dan gaya garapannya ke arah filem seni yang amat luas skopnya itu juga seolah-olah menggambarkan U-Wei berada dalam dunianya yang tersendiri.

Ada yang mengatakan U-Wei hanya syok sendiri ketika mengarahkan filem kerana hanya mementingkan apa yang dia rasa. Bukannya apa yang dimahukan penonton.

Tuduhan itu dibuat berdasarkan isu-isu berat tentang bangsa dan budaya Melayu yang dipaparkan dalam filem-filem arahannya seperti Kaki Bakar (1995) dan Jogho (1998).

Malah, U-Wei mengakui matlamatnya bikin filem adalah untuk dirinya sendiri. Selepas itu barulah dia berharap manfaatnya dikongsi dengan pihak-pihak lain.

"Bagi saya, setiap filem yang saya hasilkan adalah untuk saya sendiri. Selepas itu barulah saya mahu berkongsi apa yang saya tampilkan dalam filem itu dengan masyarakat.

"Contohnya, kalau kita melahirkan anak, anak itu untuk siapa? Tentulah ia untuk kita. Selepas itu terpulanglah kepada anak itu untuk memberi manfaat kepada masyarakat atau pun tidak.

"Itu adalah falsafah saya membikin filem. Saya juga tidak kisah kalau ada orang kata saya buat filem kerana syok sendiri," katanya dalam satu pertemuan dengan Mega di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada pertemuan di studio peribadi miliknya yang menempatkan puluhan lukisan, ukiran dan arca itu, U-Wei juga tidak kisah apabila mendapat pelbagai kritikan atas filem-filem arahannya.

Bagi pengarah yang berasal dari Mentakab, Pahang itu, dia menghasilkan filem bagi mencernakan apa yang dirasakan tentang kecintaannya terhadap budaya dan bangsanya.

"Sama ada filem saya menarik ditonton atau tidak. Ia perkara subjektif untuk diperkatakan apatah lagi dalam filem.

"Bagi saya pujian dan kutukan itu sama sahaja merdu bunyinya. Saya sudah biasa dengan semua itu. Saya juga sudah bersedia pada bila-bila masa dengan semua itu.

"Apa yang saya lakukan itu semuanya kerana rasa keprihatinan saya tentang bangsa saya. Saya menyalurkannya melalui bahasa filem. Sama ada orang faham atau tidak terpulanglah.

"Ujian yang terbaik tentang sesebuah filem ialah masa yang akan menentukannya. Saya hanya membuat filem sedaya upaya saya dan juga dengan sejujur-jujurnya," ungkapnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.