saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/01/2011

Keistimewaan Yuna di mata Qi


BAGI Qi, masih terlalu awal untuk memikirkan fasa seterusnya dalam hubungannya bersama Yuna.


MELIHAT kepada personalitinya yang mudah mesra dan ceria itu, barangkali tiada siapa akan menyangka umurnya bakal menginjak 34 tahun.

Malah, apabila Qi Razali tanpa selindung memberitahu umurnya itu kepada pihak media pada petang yang dingin itu, semua yang hadir bagaikan tidak percaya.

“Betul. Tahun ini saya akan berusia 34 tahun. Ibu saya pun sudah mula bertanya bilakah saya akan menamatkan zaman bujang.

“Mungkin saya akan memikirkan tentangnya apabila mencecah usia 35 tahun. Saya tidak menafikan memang saya mahu mendirikan rumah tangga dan memiliki keluarga sendiri.

“Lebih-lebih lagi, adik-beradik saya yang lain semuanya sudah berkahwin dan memiliki anak sendiri. Hanya tinggal saya seorang sahaja,” ujar anak bongsu daripada empat adik-beradik itu sambil disulami ketawa kecil.

Sengaja mengusik Qi adakah bakal suri yang akan menjadi ibu kepada anak-anaknya nanti adalah Yuna yang merupakan wanita paling dekat di hatinya masa ini, sekali lagi jawapannya hanya tawa riangnya.

“Percayalah, baik saya atau Yuna, masing-masing belum memikirkan soal berpacaran atau perkahwinan. Tidak terlintas langsung di fikiran kami kerana hubungan kami masih lagi baru.

“Namun saya mengaku memang berkawan rapat dengan Yuna dan saya begitu selesa apabila berada di sampingnya.

“Tetapi itu bukan bermakna kami sedang bercinta. Soal untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan kami itu tidak pernah langsung kami fikirkan buat masa ini.

“Kami lebih selesa untuk berkawan. Kami pun sebenarnya mempunyai minat yang sama terutamanya aspek muzik,” cerita Qi atau nama penuhnya, Qushairi Mohammed Razali penuh jujur.

Anak kelahiran Tanjung Bungah, Pulau Pinang itu ditemui pada sidang akhbar program Field Trip USA! musim kedua terbitan 8TV yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.

Sebelum ini, bekas anggota kumpulan OAG itu pernah dikaitkan dengan beberapa wanita iaitu Irene Santiago dan pasangan pelakonnya dalam drama bersiri Blogger Boy, Julie Woon.

Memang topik utama perbualan kami petang itu adalah untuk mengetahui sejauh manakah keseriusan Qi dalam hubungannya dengan Yuna.

Hubungan Qi dan Yuna sudah mula diperkatakan terutama sekali apabila mereka kelihatan hadir bersama pada Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada November, tahun lalu.

Hadir dengan pakaian yang sedondon sememangnya cukup menguatkan lagi naluri pihak media untuk mengatakan mereka sebenarnya bercinta.

Cerita Qi, mereka mula berkenalan sejak masing-masing terlibat dalam program realiti, Kawanku Bintang Coca-Cola di mana Yuna sebagai salah seorang juri manakala Qi pula adalah pengacara rancangan itu.

Agenda seni 2011

UNTUK tahun 2011, Qi mengakui diari seninya sudah penuh diisi dengan pelbagai agenda yang akan membawanya jauh berkelana ke serata dunia.

Tidak berapa lama lagi, Qi akan berlepas ke Buenos Aires, Argentina bagi menjalani rakaman program baru kendaliannya, Art Attack.

Akan berada di sana selama lima minggu, Qi menyifatkan peluang beraksi dalam rancangan popular itu sebagai satu anjakan baru selama dia bergelar seorang anak seni.

“Saya sekadar mencuba nasib pada mulanya dengan menghadiri uji bakat dan Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada saya.

“Sejak dari dulu lagi, saya memang suka menonton rancangan itu dan kagum dengan kebolehan serta kreativiti luar biasa pengacaranya, Neil Buchanan ketika mengacarakan Art Attack,” kata Qi lagi.

Sebaik sahaja selesai semuanya, Qi akan meneruskan kembaranya ke Amerika Syarikat (AS) bagi melunaskan tanggungjawabnya sebagai hos program Field Trip USA! musim kedua.

Ternyata, Qi cukup teruja apabila diberi peluang sekali lagi untuk mengendalikan rancangan itu yang memberikan pengalaman baru untuknya.

“Saya memang tidak sabar lagi untuk ke AS untuk program ini kerana ia memang benar-benar

menyeronokkan. Ia juga membuka mata saya terhadap negara itu yang sebenarnya memiliki

keunikannya tersendiri,” jelasnya penuh girang.

Tahun 2011 juga akan

menyaksikan Qi kembali meneruskan minatnya dalam bidang muzik apabila akan melancarkan single terbarunya.

Berkonsepkan indie pop dan dance, Qi tidak menafikan pengaruh muzik OAG juga ada di dalam lagu terbarunya nanti.

“Insya Allah, saya merancang untuk mengeluarkan single ini sebelum saya ke Argentina dan sekitar bulan Ogos nanti barulah saya akan tampil dengan album penuh.

“Setakat ini saya sudah ada tujuh hingga lapan buah lagu yang semuanya saya tulis sendiri,” ujar Qi yang bercadang untuk menampilkan lagu Niat sebagai single Melayu pertamanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.