saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/01/2011

Orkestra RTM terima pengiktirafan


TIMBALAN Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) RTM, Datuk Nor Hyati Ismail (kiri sekali), Mokhzani Ismail dan Ahmad Merican menerima anugerah Malaysia Book of Records kerana pencapaian 50 tahun Orkestra RTM di Kuala Lumpur baru-baru ini.


IKA diibaratkan Orkestra RTM sebagai seorang bayi yang dilahirkan dengan nama asalnya, Orkestra Radio Malaya pada tahun 1961, hari ini bayi itu sudah mencapai usia setengah abad.

Diasaskan oleh Tan Sri Ahmad Merican, pemimpin dalam orkestra silih berganti di mana individu seperti Datuk Johari Salleh, Gusteyn dan Datuk Ahmad Dasillah pernah memimpin pemuzik-pemuzik yang menganggotai orkestra tersebut.

Datuk Mokhzani Ismail merupakan pemimpin orkestra generasi kelima yang memimpin Orkestra RTM sejak tahun 1999.

Baru-baru ini, Orkestra RTM menerima satu penghargaan yang cukup tinggi daripada Malaysia Book of Records (MBR) sebagai orkestra paling lama ditubuhkan (longest running orchestra).

Pengiktirafan itu, secara peribadi, amat membanggakan Mokhzani yang selama ini berusaha gigih mendekatkan muzik-muzik yang dimainkan oleh orkestra ini kepada masyarakat.

Menurut Mokhzani yang juga merupakan Pengarah Muzik RTM, sejak beliau mengambil alih orkestra tersebut daripada Datuk Ahmad Dasillah, beliau berusaha keras untuk meletakkan Orkestra RTM di tahap yang tinggi.

"Saya adalah pemimpin generasi ke lima Orkestra RTM dan selepas mengambil alih orkestra tersebut, saya membuat beberapa pembaharuan.

"Ahli-ahli muzik yang menganggotai orkestra pada waktu itu diubah. Pemuzik-pemuzik yang sudah berusia dan tidak lagi mampu untuk berkembang digantikan dengan pemuzik muda.

"Pemuzik muda ini terdiri daripada bekas graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang saya yakin bukan hanya sebagai pelapis tetapi lebih kreatif dan bertenaga," katanya ketika ditemubual wartawan Hits di malam penganugerahan MBR di Hotel Sunway Resort, Sunway, baru-baru ini.

Orkestra RTM dibarisi 35 pemuzik yang terdiri daripada pemain alat muzik bertali (string), tiupan (brass), wood wind, saksofon dan ritma (rhythm).

Pemuzik paling senior yang masih kekal dalam Orkestra RTM ialah bekas juara Bakat TV 1971, Razak Rahman yang kini berusia 52 tahun.

Mokhzani berkata, apabila barisan pemuzik diganti, biarpun usia Orkestra RTM itu sudah tua namun orkestra itu lebih bertenaga, lebih kreatif dan lebih berdaya saing.

Katanya lagi, dalam dunia hiburan hari ini, untuk mengekalkan hayat Orkestra RTM, beliau perlu melakukan sesuatu supaya orkestra itu menjadi milik rakyat.

"Saya berpandangan, Orkestra RTM bukan semata-mata hak RTM tetapi saya mahu orkestra ini menjadi hak milik bersama rakyat.

"Lebih-lebih lagi wujudnya persaingan daripada stesen televisyen swasta seperti TV3.

"Lainlah dahulu, kita tiada pesaing. Jadi, kita perlu berkembang sejajar dengan peredaran zaman.

"Dengan adanya teknologi terkini, persepsi terhadap Orkestra RTM juga perlu diubah. Bukan sebagai orkestra yang memboringkan.

"Maka itulah Orkestra RTM mengeluarkan cakera padat (CD) dan dijual kepada orang ramai yang ingin menonton dan menghayati lagu-lagu bercorak instrumental yang kita mainkan,'' ujarnya.

Cabaran besar yang terpaksa ditempuhi graduan Sarjana Muda Muzik dari Kolej Muzik Berklee, Boston, Amerika ini adalah untuk mendidik orang ramai mendengar muzik yang dimainkan oleh Orkestra RTM.

"Sempena usia 50 tahun Orkestra RTM, kita melahirkan satu CD iaitu Gemilang 50 yang akan dipasarkan pada 21 Januari ini pada harga RM29.90 seunit.

"CD ini walaupun bukan satu album popular kerana tidak mempertaruhkan artis atau penyanyi tetapi saya percaya penggemar muzik tanah air akan menyukainya.

"Di dalam album Gemilang 50, dimuatkan 16 buah lagu instrumental terdiri daripada pelbagai rentak termasuk rentak jazz dan chamber, ciptaan lama oleh Alfonso Soliano dan Jimmy Boyle.

"Ciptaan lama itu diberikan nafas baru yang lebih bertenaga serta mengekalkan konsep orkestra di dalamnya,'' katanya.

Beliau berkata, di dalam album itu juga turut dimuatkan lagu yang pernah dimainkan sempena Festival Jazz Java yang telah diadakan di Jakarta tahun lepas.

Jelasnya lagi, rakaman secara langsung ketika menyertai festival tersebut merupakan lagu bonus untuk penggemar muzik orkestra.

Meletakkan cita-cita menggunung untuk melihat Orkestra RTM ini terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, Mokhzani berkata, biarlah orkestra yang berusia 50 tahun ini menjadi khazanah negara.

Kalau boleh, katanya, sampai bila-bilapun orkestra ini hidup dan terus mengulit penggemar muzik orkestra.

"Saya percaya jika ada penggemar muzik orkestra dari Barat, pengikut Yani, Natalico dan Frank Sinatra, Orkestra RTM juga ada pengikutnya yang tersendiri,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.