saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 19/01/2011

Menangani masalah pelajar stres

PUTRAJAYA 18 Jan. – Kementerian Kesihatan mulai bulan ini akan memperkenalkan modul kesihatan mental di sekolah menengah untuk menangani masalah stres yang semakin meningkat dengan sebanyak 400,227 pesakit mental menjalani rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, program menangani kesihatan mental seawal umur remaja itu buat permulaan diperkenalkan di empat sekolah perintis selama enam bulan sebelum dikembangkan ke seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Menurutnya, empat sekolah perintis yang dipilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi, Seberang Perai; Sekolah Menengah Simpang Bekoh, Jasin; Sekolah Menengah St. Michael, Penampang dan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan.

‘‘Modul ini antaranya bertujuan memberi pendedahan kepada guru untuk mengenal pasti pelajar yang berdepan stres dan kemurungan, ini memastikan pelajar berkenaan menerima rawatan dan bimbingan seawal mungkin.

‘‘Program ini dilaksanakan bersama dengan Kementerian Pelajaran dan perbincangan akan dilakukan sama ada ia akan dilaksanakan dalam kurikulum pelajaran atau melalui aktiviti kokurikulum,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tiong Lai berkata, masalah penyakit mental semakin serius dan ia boleh melanda sesiapa saja tanpa mengira lingkungan umur atau jenis pekerjaan yang dilakukan.

‘‘Bilangan pesakit mental yang menerima rawatan di hospital awam telah meningkat 15.6 peratus kepada 400,227 orang pada 2010 berbanding tahun sebelumnya.

‘‘Kajian pada 2006 turut menunjukkan 6.4 peratus orang pernah terlintas dalam fikiran untuk membunuh diri,” katanya.

Tiong Lai berkata, selain di sekolah, Kementerian Kesihatan turut melaksanakan program kesihatan mental di tempat kerja melalui kerjasama dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).

Beliau berkata, pihaknya pada masa sama akan memperluaskan saringan stres, keresahan dan kemurungan di klinik-klinik kesihatan.

‘‘Kita akan memperbanyakkan latihan kepada jururawat, doktor dan juga pembantu perubatan supaya mereka dapat mengenal pasti pesakit yang menghadapi tanda-tanda kemurungan, ini bagi memastikan rawatan awal diberikan.

‘‘Kita juga akan mengadakan kempen anti stigma supaya tidak berlaku diskriminasi ke atas pesakit mental,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pada masa ini hanya terdapat 124 doktor psikiatri dan dua orang ahli psikologi klinikal yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan.

‘‘Nisbah yang dicatatkan Malaysia ialah seorang doktor psikiatri untuk 115,000 penduduk berbanding sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu seorang doktor psikiatri untuk 50,000 penduduk,” katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.