saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/01/2011

UP&D, PNM perkenal buku klasik sains fiksyen


DR. Khair Mohamad Yusof (tengah) bersama Dr. Ahmad Hairi Abu Bakar (kiri) dan wakil Author Services Incorporated, Claude Sandoz di majlis memperkenalkan buku klasik sains fiksyen karya L. Ron Hubbard di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 19 Jan. - Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) hari ini memperkenalkan buku klasik sains fiksyen hasil karya L. Ron Hubbard.

Pengarah Eksekutif UP&D, Dr. Ahmad Hairi Abu Bakar berkata, buku itu diperkenalkan bagi menambah bahan bacaan yang mampu menarik minat dan merangsang imaginasi pembaca, terutama golongan remaja.

"Koleksi buku dalam bahasa Inggeris yang mempunyai 20 siri itu antaranya Stories From The Golden Age akan diedarkan secara eksklusif oleh UP&D untuk fasa pertama.

"Sebanyak lapan tajuk dalam siri yang sama akan diterjemahkan dalam bahasa Melayu," katanya ketika berucap pada majlis memperkenalkan buku tersebut yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Dr. Khair Mohamad Yusof di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Perkhidmatan Maklumat Umum PNM, Abdul Rahman Shamsudin bagi mewakili Pengerusi Lembaga Penasihat PNM, Datuk Dr. Halim Shafie.

Hubbard ialah seorang penulis Amerika Syarikat (AS) dan penulis terlaris New York Times yang dianggap berpengaruh dan aktif pada era 1930-an sehingga 1980-an.

Karya-karyanya terutama dalam sains fiksyen adakalanya melampaui zaman termasuk cerita pengembaraan ke angkasa lepas yang ditulis sebelum Neil Armstrong tiba ke bulan.

Ahmad Hairi berkata, selari dengan hasrat kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris, maka UP&D mengambil inisiatif untuk memperkenalkan karya Hubbard yang difikirkan sesuai untuk dibaca oleh generasi muda di negara ini.

"Kualiti dan kepelbagaian tajuk dalam karya Hubbard yang merentasi genre penerbitan mendorong UP&D untuk menterjemah dan menerbitkan lapan tajuk pilihan ke dalam bahasa Melayu," katanya.

Menurutnya, pengedaran buku tersebut juga termasuk dalam bentuk audio di mana pembaca boleh mempelajari bahasa Inggeris yang betul, memperbaiki kosa kata dan pemahaman.

Sementara itu, Halim dalam ucapannya yang dibacakan oleh Abdul Rahman berkata, PNM yakin pengedaran buku klasik sains fiksyen karya Hubbard itu akan memberi sumbangan besar kepada perubahan pembudayaan ilmu dalam masyarakat di negara ini.

"Saya percaya buku klasik sains fiksyen ini akan menjadi bahan bermutu kerana buku-buku karya Hubbard didapati dapat merangsang imaginasi pembaca terutama golongan muda.

"Malaysia bukan negara Islam pertama memperkenalkan buku karya Hubbard. Ia turut digunakan sebagai sebahagian daripada projek pembacaan di Indonesia, Nigeria, Pakistan, Emiriyah Arab Bersatu, Syria dan Qatar," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.