saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 21/01/2011

Nur Razlina penerima Pingat Emas Yayasan Terengganu


Ahmad Said menyerahkan replika cek bernilai RM5,000 kepada penerima Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2010, Nur Razlina Rozi di Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 20 Jan. - Anak kepada pasangan pegawai bank, Nur Razlina Rozi dipilih sebagai penerima Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu (YT) untuk tahun 2010.

Gadis berusia 19 tahun itu memperlihatkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum berterusan sejak dari sekolah rendah menerima pingat itu bersama wang RM5,000, sebuah komputer riba, sehelai kot dan sijil.

Dia memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 14A1 1A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Di samping itu, gadis yang turut aktif dalam kegiatan sukan itu pernah menerima Anugerah Nilam (Tokoh Nilam) peringkat kebangsaan.

Nur Razlina menerima penghargaan itu pada Majlis Penganugerahan Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar YT Ke-31 di sini semalam.

Ibu bapanya, Rozi Mamat, 55 dan Zainah Mohd. Zain, 55, turut hadir pada majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat dan Pengarah YT, Aziz Mamat.

Nur Razlina yang gembira serta terharu dengan penganugerahan yang diterima berkata, dia amat mengutamakan kualiti masa ketika mengulangkaji pelajaran.

"Saya sangat gembira dengan penganugerahan ini dan sudah semestinya ia didedikasikan untuk ibu dan bapa saya yang selama ini banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk membesarkan kami adik-beradik.

"Saya juga berharap penganugerahan ini dapat memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang lain agar berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai impian mereka," kata anak bongsu daripada empat beradik itu ketika ditemui.

Nur Razlina kini mengikuti kursus A-Level Perubatan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di International Education Centre (Intec) Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi persediaan mengikuti program berkembar perubatan Universiti Ireland dengan Penang Medical College.

Pada majlis tersebut, seramai 128 orang pelajar yang cemerlang dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dalam pelbagai bidang turut dirai dengan setiap daripada mereka menerima wang tunai RM5,000 dan sijil penghargaan.

Turut dirai ialah 831 orang pelajar cemerlang UPSR, PMR, SPM, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2009 bagi Parlimen Kuala Terengganu dan luar Terengganu dengan pemberian keseluruhan sebanyak RM798,440.

Dalam pada itu Aziz berkata, bermula 1972 sehingga kini, YT telah membelanjakan RM434.8 juta untuk menaja pelajar-pelajar anak negeri itu.

Katanya, ia melibatkan bidang pengajian profesional seperti perubatan, farmasi, bioteknologi, kejuruteraan, pergigian dan juruteknik penerbangan.

"Terbaru, seramai 32 penuntut berada di universiti di England, 59 penuntut di Indonesia, 112 di Mesir dan Jordan selain beberapa buah negara lain di bawah penajaan YT.

"Setakat ini, kerajaan negeri melalui YT sedang menaja kira-kira 3,700 penuntut di universiti-universiti dalam dan luar negara," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.