saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/01/2011

Jaguh Kampung pamer bakat memasak

BUAT pertama kalinya Astro Prima tampil dengan program realiti televisyen berkonsepkan masakan, Jaguh Kampung yang akan menemui penonton pada 26 Mac ini.

Bagi episod permulaan Jaguh Kampung, ia disiarkan selama setengah jam sahaja.

Berlainan dengan program-program realiti sedia ada, Jaguh Kampung memberi peluang kepada warga emas menunjukkan bakat mereka kerana ia terbuka kepada mereka yang berusia antara 18 sehingga 70 tahun.

Bagaimanapun syarat penyertaan pertandingan itu ialah ia mesti disertai secara berkumpulan sekurang-kurangnya tiga orang.

Tidak kira dalam satu kumpulan itu dianggotai oleh datuk, nenek dan cucu atau rakan-rakan kerana yang penting, para peserta dalam satu kumpulan perlu ada pertalian.

Bagi kumpulan yang berjaya mendapat tempat pertama, mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM30,000.

Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, Jaguh Kampung bukan setakat mencari juara memasak.

Sebaliknya, jelas beliau, peserta harus ceria dan mampu menghidupkan suasana ketika rakaman dengan celoteh sambil memasak.

"Program ini bukan mahu melahirkan seorang Chef Wan sebaliknya kita mahu pakar-pakar masak dari kampung-kampung berkongsi resipi dan ramuan dalam masakan mereka," katanya ketika ditemui di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru lalu.

Pertandingan merebut Jaguh Kampung, kata Nizam, akan diadili oleh juri dan chef profesional manakala formatnya pula dibuat secara kalah mati.

"Sebelum satu-satu kumpulan itu layak bertanding di peringkat akhir, mereka ini terlebih dahulu perlu bersaing di peringkat kampung dan seterusnya mewakili zon-zon utara, selatan, timur dan tengah.

"Pada sesi uji bakat, krew produksi pencarian peserta Jaguh Kampung akan menjelajah ke lapan negeri untuk mencari dan mencungkil bakat-bakat memasak," jelas Nizam.

Destinasi pencarian peserta Jaguh Kampung ialah Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.