saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/01/2011

Khalid, Chang Khim perlu letak jawatan

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Teng Chang Khim meletakkan jawatan.

Gesaan itu dibuat berikutan kegagalan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meluluskan usul pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada sidang DUN di Shah Alam, hari ini.

Menurut Zulkifli, kegagalan cubaan meminda undang-undang itu membawa mesej yang jelas, bahawa Abdul Khalid dan Chang Kim telah gagal.

‘‘Disebabkan kegagalan itu, teman berpendapat Menteri Besar dan Speaker wajib meletakkan jawatan. Kalau mereka ada maruah, mereka wajib meletakkan jawatan. Dan teman cabar mereka supaya melakukan apa yang mana-mana pemimpin bermaruah akan lakukan; pikul tanggungjawab kegagalan itu dan letak jawatan!’’ katanya.

Beliau berkata demikian menerusi entri terbaru dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com, hari ini.

Selain menuju gesaan meletakkan jawatan itu kepada Abdul Khalid dan Chang Kim, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu juga membuat gesaan yang sama kepada kesemua Exco dan ADUN pakatan pembangkang yang menyokong cubaan pindaan undang-undang berkenaan.

‘‘Kesemua mereka juga wajar meletakkan jawatan kerana tindak-tanduk mereka jelas langsung tidak menghormati kedudukan dan kuasa Tuanku Sultan Selangor. Kalau ada harga diri dan maruah, letaklah jawatan,’’ tegasnya.

Zulkifli juga berpendapat, pakatan pembangkang sepatutnya membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor bagi membolehkan rakyat memilih untuk melantik kerajaan baru.

‘‘(Ia) kerana semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, pindaan kepada Undang-Undang Perlembagaan Selangor untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar dan menurunkan martabat dan kedudukan Tuanku Sultan Selangor tiada di dalam manifesto mereka.

‘‘Malah pada teman, ini satu penipuan pilihan raya, kerana rakyat diperdaya memilih mereka tanpa mengetahui mereka mempunyai agenda yang tersembunyi untuk mendapat kuasa mutlak,’’ katanya.

Bagaimanapun Zulkifli yang mengulangi bahawa pindaan itu jika diluluskan hanya akan menyebabkan Sultan Selangor menjadi rubber stamp atau tukang cop menegaskan, beliau cukup yakin, pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang di negeri itu tidak akan meletakkan jawatan, ataupun membubarkan DUN.

‘‘Mereka tahu kalau itu berlaku mereka sendiri akan bungkus, kerana sudah pasti rakyat Selangor sudah muak dan jelak dengan politiking mereka yang tak habis-habis, tetapi kebajikan dan kepentingan rakyat diabaikan,’’ katanya.

Beliau juga percaya, pemimpin-pemimpin tersebut akan menjaja bahawa kononnya UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah menolak usaha untuk mengembalikan kuasa Sultan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.