saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/01/2011

Badrul mohon batalkan perisytiharan kosong DUN Pelabuhan Klang

SHAH ALAM 24 Jan. - Lima hari selepas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang diisytiharkan kosong, Badrul Hisham Abdullah hari ini memfailkan saman pemula bagi mendapatkan deklarasi Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau masih penyandangnya yang sah.

Saman pemula tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada pukul 3.15 petang.

Badrul Hisham, 51, yang bertindak selaku plaintif turut hadir dengan ditemani peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun bersama beberapa kenalan dan penyokongnya.

Beliau menamakan Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim defendan pertama dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) defendan kedua.

Mohd. Hafarizam semasa ditemui pemberita memaklumkan bahawa pengurusan kes berkenaan ditetapkan pada 17 Februari ini dan pihak-pihak terlibat perlu memfailkan afidavit masing-masing sebelum tarikh tersebut.

Dalam saman itu, plaintif memohon perintah deklarasi bahawa beliau masih lagi Ahli DUN Pelabuhan Klang dan berhak menyertai segala sidang DUN Selangor serta menjalankan tugas-tugas berkaitan.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa tiada kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang kerana perisytiharan yang dibuat oleh Chang Khim adalah ultra vires (melampau batasan undang-undang), salah, batal dan tidak sah mengikut Artikel LXIX Undang-Undang Tubuh Negeri Kerajaan Selangor 1959.

Deklarasi itu dimohon dengan alasan plaintif telah menghantar sepucuk surat kepada defendan pertama dan diakui diterima pada 10 Disember tahun lalu bahawa beliau tidak dapat hadir pada sidang DUN antara 8 dan 16 November tahun yang sama kerana mendapatkan rawatan tradisional.

Bagaimanapun, dakwa Badrul Hisham, Chang Khim tidak menerima alasan tersebut dan memutuskan bahawa ketidakhadiran beliau adalah tanpa kebenaran melalui surat bertarikh 21 Disember tahun lalu.

Berikutan itu, beliau menulis surat pada 5 Januari lalu kepada Chang Khim untuk memohon pertemuan bagi memberi penjelasan tetapi tidak menerima jawapan.

Chang Khim sebaliknya mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan Badrul Hisham menghadiri sidang Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.

Sehubungan itu, plaintif mendakwa, defendan pertama tidak mempunyai dasar atau alasan untuk membuat keputusan tersebut dan menyalahgunakan kuasa serta bertindak secara mala fide (niat jahat), tidak munasabah, tidak adil selain mempunyai niat politik yang berkepentingan sendiri.

Katanya, pengisytiharan kerusi yang disandang beliau adalah kosong juga tidak sah kerana Artikel LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor menyatakan tempoh masa enam bulan dikira dari 8 November tahun lalu.

Sedangkan tiada sidang Dewan yang memerlukan beliau hadir antara 15 Julai dan 8 November tahun lalu selain beliau menghadiri sidang DUN antara 12 dan 15 Julai 2010.

Dalam saman itu, plaintif turut mendakwa hanya SPR mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada terdapat kekosongan kerusi di bawah Seksyen 12 Akta Pilihanraya 1958.

Pada 19 Januari lalu, Chang Khim mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan Badrul Hisham menghadiri sidang Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.

Keputusan yang berkuat kuasa 16 Januari lalu dibuat mengikut peruntukan Artikel 69 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 setelah wakil rakyat itu tidak menghadiri sidang DUN bermula Julai tahun lalu hingga Januari ini.

Badrul Hisham yang hadir sidang pertama DUN pada 12 hingga 14 April tahun lalu iaitu sepanjang tiga hari ia berlangsung dikatakan tidak hadir selama dua hari pada 13 dan 14 Julai bagi sidang kedua DUN yang bermula pada 12 hingga 15 Julai 2010.

Beliau juga didakwa tidak hadir langsung pada sidang ketiga DUN antara 8 dan 6 November tahun lalu tanpa sebarang alasan munasabah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.