saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/01/2011

Ibu warga Myanmar tikam bayi sendiri

SHAH ALAM 25 Jan. - Seorang bayi perempuan ditikam bertubi-tubi oleh ibu kandung sendiri sebelum mayatnya diletakkan di atas beg plastik di dalam tandas di sebuah rumah panjang di Batu 4, Kampung Jawa di sini hari ini.

Mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan kira-kira pukul 9 pagi ini ditemui sepasukan polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

Ibu mangsa, seorang wanita warga Myanmar berusia 23 tahun dikenali Nur Begum atau Nurbi yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) ditahan bagi membantu siasatan.

Difahamkan, bayi berkenaan ditikam lebih lima kali dan polis merampas sebilah objek tajam dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya menemui mayat bayi itu yang berlumuran darah di dalam tandas.

Katanya, siasatan awal percaya bayi itu dibunuh sebaik saja dilahirkan.

"Pasukan Forensik turut menemui sebilah objek tajam yang dipercayai digunakan untuk membunuh bayi malang itu.

"Bagaimanapun, saya tidak dapat nyatakan kecederaan yang dialami mangsa kerana perlu menunggu laporan bedah siasat," kata beliau.

Menurut Zahedi, wanita warga Myanmar terlibat kini ditahan sementara di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, jiran mangsa yang juga warga Myanmar, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, berkata, wanita itu tinggal di rumah panjang berkenaan bersama ibu, anak perempuannya yang berusia tiga setengah tahun dan dua lagi saudaranya.

Katanya, suami wanita itu ditahan di penjara lebih dua tahun lalu kerana kesalahan memiliki senjata.

"Wanita itu terpaksa menyara anaknya dengan melakukan pelbagai kerja termasuk menjadi pekerja seks.

"Pagi ini saya nampak dia berjalan dalam keadaan mencurigakan tetapi saya tidak sangka dia baru melahirkan anaknya," katanya.

Mohamad Salim memberitahu wanita itu menyewa di rumah panjang Batu 4 hampir 10 tahun dan berkahwin dengan suaminya ketika berusia belasan tahun.

Ketika kejadian, ibu wanita itu tiada di rumah kerana berada di Thailand.

Adik tiri wanita itu, Jumilah Salim pula berkata, kakaknya seorang pendiam sehingga tiada sesiapa yang mengetahui dia hamil.

"Saya yang tinggal di sebelah rumahnya tidak sedar bila dia bersalin kerana ketika itu sedang menonton televisyen," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:25
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.