saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 26/01/2011

Allahyarham Dol Ramli selamat dikebumikan

26/01/2011 3:36pm

KUALA LUMPUR 26 Jan. Jenazah bekas Ketua Pengarah Penyiaran, Tan Sri Dol Ramli dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang, di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham sebelum itu disembahyangkan di Surau Bukit Ampang sebelum dibawa ke tanah perkuburan dari kediamannya di Jalan Mutiara, Taman Bukit Ampang.

Antara yang turut menziarah jenazahnya hari ini ialah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin; bekas Ketua Pengarah Finas Datuk Mohd Zain Hamzah dan Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman.

Dol, 88, yang juga Pengurus Besar Bernama dari 1975 hingga 1980 meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 8 malam tadi kerana mengalami masalah lemah jantung.

Beliau meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Che Kamilah Marzuki, 84, dan tiga anak lelaki dan dua perempuan.

Anak keempat beliau, Aziz, 58, berkata sebelum bapanya dimasukkan ke IJN Ahad lepas, beliau sempat memanggil semua ahli keluarga bagi mengadakan perjumpaan keluarga.

"Bapa saya memanggil semua anak cucu untuk balik berjumpa dengannya (dan) satu perjumpaan keluarga diadakan, yang mana saya jadi setiausaha mencatat segala amanat dan nasihat. Kami tak sangka itu merupakan perjumpaan keluarga terakhir bersamanya, katanya kepada pemberita.

Isteri Dol, Che Kamilah, berkata suaminya merupakan seorang yang penyayang tetapi sangat tegas dalam aspek pendidikan anak-anaknya.

"Walaupun tegas, tapi pada cucu-cucunya, beliau sangat manjakan mereka.

Kehilangannya memang amat dirasai kerana kami sekeluarga amat rapat, katanya.

Zainuddin pula berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kerana sewaktu hayatnya beliau merupakan insan yang banyak memberi sumbangan kepada negara, terutamanya dalam bidang penyiaran. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.