saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/01/2011

Beret Hijau singkap kehidupan tentera


Pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia bersama Dr. Ahmad Zahid Hamidi (baju batik) dan barisan pelakon Beret Hijau.


SELAMA ini penonton layar kaca disajikan dengan drama Gerak Khas untuk menyelami kehidupan anggota polis, Roda-Roda Kota Raya untuk polis trafik dan Gerak PGM untuk pasukan maritim.

Kini tibalah masanya untuk orang ramai mengenali kehidupan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan aktiviti mereka secara dekat.

Segala rutin gerak kerja anggota beruniform itu khususnya pasukan komando dapat dilihat menerusi drama 13 episod, Beret Hijau yang bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi.

Drama arahan Along Kamaluddin yang menyingkap kehidupan angkatan tentera itu memulakan penggambaran sejak 12 Januari lalu di Ulu Langat dan seterusnya memilih lokasi kem Terendak, Sungai Udang, Melaka.

Menurut Along, selain memaparkan tugas-tugas harian dan gambaran kehidupan anggota tentera, Beret Hijau terbitan Global Network Entertainment Sdn. Bhd. turut menampilkan kecanggihan peralatan ATM.

"Untuk drama ini, kami mendapat kerjasama rejimen infantri untuk menggunakan helikopter, kereta kebal, kereta perisai dan senjata api yang menggunakan peluru hidup.

"Dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada ATM, saya yakin keselamatan pelakon dan krew terjamin ketika menjalani penggambaran adegan yang membabitkan senjata," katanya.

Along yang sebelum ini pernah mengarah drama ketenteraan, Harga Sebuah Kemerdekaan, tujuh tahun lalu mengaku merakam adegan peperangan adalah sukar.

Berdasarkan pengalaman, beliau berkata, adegan yang membabitkan senjata terutama tembak menembak selalunya mengambil masa sehari suntuk untuk penggambaran.

"Adegan peperangan begini perlu penelitian lebih kerana ia membabitkan penggunaan senjata api dan tidak boleh buat kesilapan ketika penggambaran," ceritanya.

Apa pun kata Along, beliau teruja untuk menjayakan adegan berkenaan kerana berpeluang menggunakan kemudahan peralatan canggih ATM dengan bimbingan penasihat pasukan berkenaan.

Menurut Along, drama Beret Hijau menampilkan wajah-wajah baru seperti juara Pilih Kasih musim pertama, Iqbal, Azie Yahya, Chomell Fana, Lan Mazlan dan peserta Anak Wayang, Hairi.

Lain-lain pelakon adalah Hasnul Rahmat, Aman Graseka, Ainina Ahmad B dan Kuswadinata.

Katanya, semua pelakon dipilih berdasarkan uji bakat dan penampilan wajah-wajah baru adalah untuk memberi peluang kepada mereka mengembangkan bakat.

"Kita pilih pelakon baru sebab nak tampilkan wajah-wajah segar. Iqbal dipilih untuk watak komando bernama Haziq kerana saya yakin dia boleh melakonkan karakter itu.

"Sebelum menjalani penggambaran, para pelakon terlebih dahulu menjalani latihan tentang cara-cara pengguna senjata dan sebagainya daripada jurulatih tentera ," katanya.

Katanya, selain pelakon, tarikan utama drama Beret Hijau adalah penonjolan penggunaan senjata tentera yang jarang ditampilkan dalam drama-drama Melayu.

Selain itu, katanya drama bersiri berkenaan juga akan menggunakan khidmat kira-kira 200 anggota tentera sebenar sebagai pelakon yang berdialog.

Sebagai pengarah yang diberi tanggungjawab, Along berkata, cabaran yang terpaksa dilaluinya amat besar kerana drama berkenaan menelan belanja RM500,000.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.