saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 27/01/2011

Hakim ketuai Suruhanjaya Diraja

PUTRAJAYA 26 Jan. - Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock yang diumumkan penubuhannya oleh kerajaan awal bulan ini akan dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenan dengan cadangan kerajaan untuk menubuhkan suruhanjaya berkenaan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

Menurut Perdana Menteri, Suruhanjaya Siasatan itu dikehendaki menyelesaikan siasatannya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tauliah perlantikan dikeluarkan dan laporannya akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Selain Cheng Yuen, kata Najib, suruhanjaya tersebut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Selventhiranathan a/l Thiagarajah; Pakar Perunding Patologi Forensik Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik/Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom.

Anggota yang lain iaitu Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Saripuddin Kasim dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya.

Pada masa sama, tiga pegawai kerajaan juga dilantik sebagai pegawai pengendali suruhanjaya.

Mereka ialah Amarjeet Singh a/l Serjit Singh, (Timbalan Ketua Bahagian Guaman I), Awang Armadajaya Awang Mahmud (Timbalan Pendakwa Raya) dan Kwan Li Sa (Timbalan Pendakwa Raya).

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga menetapkan terma rujukan Suruhanjaya seperti berikut;

n Untuk menyiasat sama ada atau tidak terdapat apa-apa ketidakwajaran dalam perjalanan pemeriksaan Teoh Beng Hock dalam perjalanan penyiasatan Laporan Shah Alam Nombor 0052/2009 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dengan Perintah-Perintah Tetap dan amalannya dan untuk mengesyorkan apa-apa tindakan yang sesuai, jika perlu.

n Untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock dan hal keadaan yang menyelubungi dan membawa kepada kematiannya.

Pada 5 Januari lalu, Mahkamah Koroner Shah Alam membuat satu keputusan terbuka di dalam inkues yang telah dibuat ke atas kematian Beng Hock yang juga Setiausaha Politik kepada Exco Selangor dengan mengesahkan mendiang menemui ajal bukan akibat dibunuh.

Koroner Azmil Muntapha Abas semasa membacakan keputusan bagi inkues menyiasat kematian Beng Hock turut menolak kemungkinan lelaki itu membunuh diri atau wujudnya tindakan pihak ketiga dalam kes tersebut.

Keputusan mahkamah itu bagaimanapun tidak dapat diterima oleh para penyokong dan ahli keluarga Beng Hock.

Berikutan itu, Perdana Menteri pada 7 Januari lepas berkata, kerajaan akan mewujudkan satu Suruhanjaya Diraja untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang digunapakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses siasatan terhadap mendiang.

Najib bagaimanapun menolak dakwaan sebarang 'tekanan politik' kerana penubuhan suruhanjaya itu telah diumumkan oleh beliau pada 22 Julai 2009

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima, koridor Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.