saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 28/01/2011

Mainstay buka pusat beli-belah Space U8 RM200 juta


Raja Mohd. Azmi Raja Razali (kanan) mendengar penerangan daripada pekerjanya semasa melawat tapak pembinaan pusat beli-belah Space U8 di Subang, semalam.


SUBANG 27 Jan. - Pemaju hartanah, Mainstay Davelopment Sdn. Bhd. (Mainstay) akan membuka sebuah pusat beli belah serba moden yang dilengkapi panggung wayang pertama di Shah Alam pada suku kedua tahun ini.

Pusat beli belah yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam tersebut dikenali sebagai Space U8 dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah lebih RM200 juta.

Pengerusi Eksekutifnya, Raja Mohd. Azmi Raja Razali berkata, Space U8 berkonsepkan ruang kedai dan pejabat (Sumo) serta mempunyai ruang legar berbumbung seluas 21,336 meter persegi di tengah-tengahnya.

Menurutnya, Space U8 mempunyai 200 buah ruang kedai serta pejabat, pasar basah, bahagian teknologi maklumat, bahagian hiburan dan 1,300 ruang letak kereta dengan jumlah keluasan keseluruhan mencecah 182,880 meter persegi.

"Space U8 akan menempatkan panggung wayang MBO Cineplex dengan kapasiti tujuh buah panggung meliputi 1,300 tempat duduk serta cadangan tambahan sebuah panggung wayang tiga dimensi (3D).

"Panggung tersebut bakal mencatat sejarah sebagai panggung wayang pertama yang dibenarkan beroperasi di Shah Alam," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar mengenai Space U8 dekat sini hari ini.

Raja Mohd. Azmi berkata, walaupun hanya akan beroperasi pada suku kedua tahun ini, 90 peratus ruang kedai dan pejabat di Space U8 telah terjual.

Katanya, Space U8 mendapat permintaan tinggi di kalangan peniaga disebabkan lokasinya yang strategik iaitu 5 kilometer dari Bukit Jelutong dan TTDI Jaya dan 15 minit perjalanan ke Kelana Jaya, Petaling Jaya serta Klang.

Selain itu Space U8 juga terletak berdekatan dengan Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuh Raya Persekutuan, katanya.

"Sasaran utama kami adalah menarik pengunjung dari Bukit Jelutong dan sekitarnya yang dianggarkan lebih 200,000 orang.

"Kami juga akan menyediakan perkhidmatan bas secara percuma kepada pengunjung bagi menghubungkan Space U8 dengan hentian KTM Komuter Shah Alam, Subang Jaya dan Batu Tiga," ujarnya.

Tarikan utama Space U8 ialah mempunyai ruang legar yang sangat luas dan amat sesuai untuk menganjurkan sebarang aktiviti menarik serta memberi keselesaan kepada pengunjung yang hadir.

Menggunakan teknologi aliran udara serta lapan buah kipas gergasi bersaiz 7.3 meter, ruang berkenaan hanya mencatat suhu 28 darjah celsius pada waktu puncak tanpa penyaman udara.

Tidak cukup dengan itu, Space U8 turut bakal menyediakan surau paling unik di negara ini iaitu berlantaikan kaca yang di bawahnya mempunyai aliran air.

Antara syarikat yang telah mengesahkan berada si Space U8 adalah MBO Cineplex, Celebrity Fitness, Kumpulan Metrojaya, KK Deco Mart, Courts dan Sen-Q.

Ditanya mengenai projek terbaharu lain Mainstay, Raja Mohd. Azmi, syarikat itu akan melaksanakan projek perumahan melibatkan pembinaan 40 buah banglo di Putrajaya pada April depan.

"Promosi akan dijalankan apabila rumah contoh siap tidak lama lagi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.