saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/01/2011

Jurutera sistem juara Gerbang Cinta 2




KUALA LUMPUR 27 Jan. - Pasangan jurutera sistem dan pereka laman web, Mohd. Danial Hasan Basari, 25, dan tunangnya, Nurul Lliyana Nor Zaidi, 25, diumumkan sebagai juara Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Ke-2.

Kemenangan itu menjadikan mereka pasangan paling bertuah daripada lebih 10,000 peserta yang menyertai peraduan anjuran Utusan Malaysia melalui sisipan Mega, bermula sejak 9 Ogos lalu.

Mereka turut mengatasi sembilan pasangan lain yang berjaya ke peringkat akhir selepas memperoleh markah tertinggi hasil pengundian orang ramai melalui laman web syokkahwin.com dan pemarkahan oleh pihak juri.

Kejayaan tersebut membolehkan mereka berdua menerima pakej perkahwinan bernilai RM100,000 dan wang tunai RM5,000.

Pakej perkahwinan tersebut meliputi sajian makanan dan lokasi perkahwinan iaitu di Kampung Pengantin, Setapak, Kuala Lumpur, dekorasi pelamin, dewan dan meja pengantin, busana pengantin, solekan, hiasan hantaran dan cenderahati.

Selain itu, turut ditaja ialah kad jemputan, video, fotografi, sistem pembesar suara dan percutian bulan madu.

Sementara itu, pasangan Farid Fikri Shukri, 26, dan Nur Natalia Ku Yusof, 21, pula memenangi tempat kedua yang menerima tajaan pakej perkahwinan keseluruhan bernilai RM80,000 beserta wang tunai RM3,000 dan hamper Avon.

Tempat ketiga menjadi milik pasangan sejoli, Marni Azlina Deraman, 26, dan Mohd. Saharul Hisham Hashim, 27, dengan hadiah RM1,000, hamper Avon dan pakej perkahwinan RM50,000 dengan lokasi perkahwinan di kampung halaman pemenang sendiri.

Pemenang keempat pula ialah pasangan Mohd. Ridhuan Roselee, 24, dan Nur Yasmin Mahazir, 24, yang membawa pulang wang tunai RM500, produk Avon dan pakej perkahwinan RM50,000.

Selain itu, peraduan ini juga menawarkan enam hadiah sagu hati berupa baucer pakej perkahwinan.

Pemenang sagu hati ialah pasangan Tun Nor Azura Mohamed Hafizi dan Mohamad Aizuddin Khairuddin; Harizal Hashim dan Nurul Dayana Mohd. Zani; Nasran Shafiz Hassim dan Salina Aziz; Nurul Ainie Mohamad dan Mohd. Izham Saripudin; Nur Hasni Fariza Khairani dan Mohd. Firdaus Ashaari serta pasangan Mohd. Shuib Mohd. Deris dan Ainul Malina Ismail.

Sementara itu, Penolong Ketua Pengarang II, Kumpulan Utusan, Ahmad Abd.Hamid yang mengetuai panel pemilihan berkata, para juri menghadapi tugas sukar untuk memilih pemenang memandangkan markah setiap 10 peserta akhir tidak jauh berbeza.

"Ini menunjukkan setiap pasangan yang sampai ke peringkat akhir merupakan pasangan yang hebat dan bersungguh-sungguh dalam memastikan kemenangan mereka. Pemenang hari ini adalah pasangan terbaik daripada yang terbaik," katanya.

Beliau berkata, selepas ini pihak penganjur akan mengadakan sesi bertandang ke rumah para pemenang bagi membincangkan tarikh dan urusan majlis perkahwinan dengan keluarga masing-masing.

Katanya, kesemua yang ditawarkan dalam peraduan ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sokongan penaja antaranya Mastar Catering, Kampung Pengantin, Afidah Khamis Makeup and Stuff, CJ Print, D'Sayang Entertainment dan Syokkahwin.com.

Selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jelasnya, peraduan itu menyaksikan penaja baru seperti Avon Cosmetics, Dios Astana Bridal, Precious Moment, Motion Peektures, Sri Sutra Travel dan Utusan Online.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.