saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/01/2011

Siti Nurhaliza duta rumpun Melayu serantau?


Siti Nurhaliza pada sidang akhbar di Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia di Hotel Hyatt Regency, Bandung, semalam. - BERNAMA


BANDUNG 28 Jan. - Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dicadang dilantik sebagai duta bagi memperkasakan rumpun Melayu serantau.

Cadangan yang dikemukakan oleh Pengerusi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami), M. Saiful Hadi Itu diharap dapat dilaksanakan segera kerana bangsa Melayu harus bangkit sebagai kuasa baru dunia.

Menurut beliau, Siti Nurhaliza merupakan individu terbaik untuk menggalas tugas itu berikutan personalitinya amat disenangi oleh semua pihak di negara serantau khususnya di Indonesia, Singapura, Brunei dan Malaysia.

"Sejak permulaan kariernya sebagai anak seni, imej yang ditonjolkan oleh Siti Nurhaliza menawan hati banyak pihak. Lagu-lagu nyanyiannya pula cukup disenangi ramai.

"Siti Nurhaliza juga mempunyai pengaruh yang cukup besar di rantau ini, jadi beliau wajar diberi tanggungjawab itu," katanya pada Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia anjuran Iswami di sini hari ini.

M. Saiful yang juga Ketua Pengarang Agensi Berita Indonesia (Antara) memberi contoh penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu pernah menjadi penghubung kepada keakraban hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia menerusi seni yang diperjuangkannya selama ini.

Sementara itu, Siti Nurhaliza dalam reaksinya merakamkan penghargaan kepada Iswami kerana mencadangkan namanya sebagai duta rumpun Melayu.

Penyanyi yang cukup masyhur menerusi lagu Cindai itu memberitahu, beliau bersedia memberikan komitmen terhadap sebarang cadangan yang baik untuk kepentingan bangsa, agama dan negara.

"Andai Iswami melihat saya boleh memainkan peranan memperkasakan bangsa Melayu, saya tentunya bersedia menerimanya," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, penyanyi itu berkata, beliau memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi merealisasikan idea pelaksanaan tugas itu.

Katanya, beliau seorang diri tidak mampu memikul tanggungjawab itu kerana rumpun Melayu mempunyai skop yang luas dan mencakupi banyak isu termasuk ekonomi, sosial dan pembangunan modal insan.

Siti Nurhaliza mengakui, perkembangan kariernya sebagai anak seni selama 15 tahun banyak didokong oleh masyarakat Melayu serantau selain peminat daripada bangsa-bangsa lain juga.

"Semenjak terlibat dalam lapangan seni saya dapat melihat perubahan landskap sosial masyarakat Melayu.

"Justeru, seni seharusnya dijadikan sebagai instrumen penting oleh seluruh masyarakat serumpun untuk terus memperkasakan bangsa Melayu sehingga menjadi kuasa baru dunia," kata Siti yang turut mengambil peluang mempromosikan produk kecantikan yang diasaskannya, SimpySiti pada seminar yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.