saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 29/01/2011

Siti Nurhaliza terima Anugerah Wanita Inspirasi di Bandung

29/01/2011 11:57am

BANDUNG 29 Jan. Penyanyi yang juga usahawan kosmetik dari Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menerima Anugerah Wanita Inspirasi pada majlis Malam Anugerah Kasih anjuran Ikatan Setia Kawan Malaysia-Indonesia (Iswami) yang berlangsung di sebuah hotel di sini malam tadi.

Anugerah itu diberikan kepada penyanyi jelita lagi tersohor itu sebagai pengiktirafan dan penghargaan sumbangan beliau dalam bidang ekonomi dengan usahawan-usahawan Indonesia.

Ia disampaikan oleh Menteri Negara Pemberdayaan Wanita dan Perlindungan Anak Republik Indonesia, Linda Amalia Sari Gumelar sempena Maybank Semi 10 Seminar Ekonomi Malaysia-Indonesia 2010 anjuran Iswami.

Turut menerima anugerah ialah Institut Teknologi Bandung dan Universiti Padjajaran, Bandung bagi Anugerah Jasa Pendidikan manakala Anugerah Khas pula diberikan kepada Allahyarham Des Alwi yang secara konsisten memperjuangkan hubungan yang lebih akrab antara Malayasia dan Indonesia.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Iswami Malaysia, Datuk Chamil Wariya dan Pengerusi Iswami Indonesia, M. Saiful Hadi.

Linda Amalia ketika berucap pada majlis itu mahukan ikatan dan persahabatan yang sedia terjalin antara Malaysia dan Indonesia sebagai bangsa serumpun terus dipergiatkan dengan sokongan padu dalam kalangan usahawan-usahawan wanita kedua-dua negara.

"Kita mahukan hubungan ini macam `angin sejuk' dan saling menerokai bidang-bidang baru bagi menguatkan kemesraan dan jalinan keharmoniaan agar memberi motivasi untuk terus maju," katanya.

Sebelum itu, Siti Nurhaliza dalam ucapan ringkas sebelum mengadakan persembahan menyatakan persetujuan untuk menjadi Duta Budaya Dunia Melayu yang dicadangkan oleh M. Saiful dalam usaha untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat Melayu di rantau ini. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.