saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/02/2011

50 rumah rentung kebakaran di Tawau


API kelihatan marak membakar rumah atas air dalam kebakaran di Blok 6 Kampung Titingan di Tawau, Sabah, semalam. - BERNAMA


TAWAU 31 Jan. - Seramai 300 penduduk tinggal sehelai sepinggang apabila 50 buah rumah setinggan di Blok 6, Kampung Titingan, dekat sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, siasatan mengenai punca dan anggaran kerugian masih dijalankan dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya, dua jentera Bomba dan tiga kereta bantuan dengan 20 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.33 pagi dan berjaya mengawal kebakaran sejam selepas itu.

"Anggota Bomba terpaksa berhadapan dengan masalah angin kuat kerana tempat itu berdekatan laut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Ismail Mayakob yang melawat lokasi kejadian, berkata pihaknya akan menyediakan tempat pemindahan sementara untuk mangsa kebakaran itu di Balai Raya Kampung Titingan. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.