saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/02/2011

Kisah Melda dari YouTube ke TV


LINA Tan (dua dari kanan) bersama para pelakon dan tenaga kerja di sebalik tabir Gadis Semasa Sunsilk pada sidang akhbar di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


GADIS Semasa Sunsilk mungkin tidak akan menjadi sebuah drama bersiri 13 episod jika ia bukannya berdasarkan populariti pelakon utamanya, Melda Ahmad.

Pelakon utama berusia 20 tahun itu mencetuskan fenomena tahun lalu apabila lagu nyanyiannya berjudul Putus ditonton lebih 100,000 pelayar YouTube di Internet dan bilangannya juga semakin bertambah.

Ekoran populariti itu, Red Communications Sdn. Bhd. telah menggunakan nama dan populariti lagu nyanyian penyanyi terbabit dan dikembangkan watak serta jalan ceritanya menerusi Gadis Semasa Sunsilk arahan Bernard Chauly.

Menurut Melda, dia berasa bersyukur kerana lagu nyanyian dan ciptaannya itu bukan sahaja mendapat sambutan ramai di YouTube, malah bakatnya dalam bidang lakonan turut dikembangkan menerusi drama bersiri tersebut.

"Saya rasa bersyukur kerana ditawarkan berlakon dalam drama ini. Watak Melda yang saya lakonkan dalam adalah watak sebenar saya. Apatah lagi, ini adalah kali pertama saya berlakon drama televisyen.

"Sebelum ini saya seorang yang mudah berasa rendah diri, malah hendak berhadapan dengan orang pun saya takut.

"Tetapi sekarang ini saya jadi lebih yakin pada diri sendiri. Diharap drama ini boleh memberi inspirasi kepada orang lain.

"Saya anggap berlakon dalam drama ini adalah suatu pengalaman yang manis. Tidak sangka selepas YouTube sekarang saya melangkah ke televisyen ula," katanya pada pelancaran Gadis Semasa Sunsilk di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menerusi drama bersiri itu, watak Melda dikembangkan lagi dalam usaha pelajar jurusan muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam terbabit untuk mengejar impian menerusi kerjaya yang akan diceburinya kelak.

Jelasnya, biarpun sudah bergelar pelakon tetapi dia tetap akan meneruskan pengajiannya di UiTM dengan pengkhususan dalam bidang vokal dan melanjutkannya pada peringkat yang lebih tinggi lagi pada masa depan.

"Saya mungkin mengambil masa untuk terbabit serius dalam bidang lakonan. Pada masa sama, saya juga akan menjadikan drama bersiri ini sebagai batu loncatan kalau saya mahu lebih serius sebagai pelakon.

"Bagaimanapun, buat masa ini saya akan menamatkan pengajian peringkat diploma dahulu dan kalau boleh saya mahu melanjutkan pengajian sehingga peringkat ijazah. Cita-cita saya mahu membuka kelas vokal," ujarnya.

Turut berlakon dalam drama itu ialah pelakon baru seperti Tuti dan Ain serta Wardina selaku selebriti, Ajai (komposer) dan Bambang (pendandan) yang banyak membantu Melda merealisasikan impiannya dalam bidang muzik.

Sementara itu, Penerbit Red Communications Sdn. Bhd., Lina Tan berkata, dia memilih watak dan populariti Melda dari YouTube bagi memperlihatkan kelainan dalam drama bersiri terbitannya itu yang berkonsepkan drama realiti.

"Ini adalah cabaran kami mencari gadis yang 'sebenar'. Di antara ramai pelakon lain yang kami ujibakat, Melda cukup istimewa. Lagu-lagu nyanyiannya unik di mana dia sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri.

"Bayangkan tanpa bantuan iklan dan promosi di media-media massa tetapi lagu-lagu nyanyian Melda termasuklah lagu berjudul Kimia mendapat sambutan luar biasa. Difahamkan lagu Putus sekarang ini mencecah hit 290,000 di YouTube.

"Malah, gaya lakonan Melda dan pelakon lain dalam drama bersiri ini segar. Pada masa sama kami mahu menampilkan muka-muka baru dalam drama televisyen di negara ini. Mereka berlakon secara bersahaja tanpa terikat dengan skrip," jelasnya.

Menerusi drama bersiri itu, tambah Lina, dia menyelitkan watak-watak seperti Ajai, Wardina dan Bambang bagi menguatkan lagi jalan cerita Gadis Semasa Sunsilk yang menampilkan gaya lakonan yang lebih bersahaja.

Gadis Semasa Sunsilk mengisahkan tentang Melda yang mempunyai bakat terpendam dalam bidang muzik yang semakin dikenali ramai selepas lagu ciptaan dan nyanyiannya berjudul Putus mendapat sambutan hangat di Internet.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.