saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 01/02/2011

Keakraban wartawan, usahawan serumpun


Ahmad Husni Hanadzlah dan Dr. Hendry Subikto menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Faridah A. Jabbar dan Dr. Suryani Siddik Motik di Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI'10) di Bandung, Januari lalu. Turut hadir Chamil Wariya (kiri) dan Saiful Hadi.


GELAK ketawa dan senda gurauan mengiringi pertemuan delegasi wartawan serta usahawan Malaysia dan Indonesia pada 27-30 Januari lalu.

Perasaan puas terpancar pada wajah-wajah peserta Seminar Ekonomi Malaysia-Indonesia Maybank (Maybank Semi'10) anjuran Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) pada 28 Januari (Jumaat) di Bandung, Indonesia.

Cerita gembira menyertai program ini dibawa pulang oleh hampir 100 peserta ke tanah air. Delegasi wartawan Malaysia yang dipimpin oleh Timbalan Pengerusi Iswami, Datuk Chamil Wariya terdiri daripada editor kanan, ketua jabatan kerajaan berkaitan, bekas wartawan ternama serta usahawan bumiputera dan bukan bumiputera.

"Seminar ekonomi ini dibuat untuk memberi kelainan dalam pertemuan Iswami. Kalau membincangkan isu-isu media antara kedua-dua negara, ia tidak akan ada kesudahan, kerana masing-masing akan mempertahankan dasar negara mereka.

"Jadi lebih baik kita adakan hubungan perniagaan supaya hubungan ekonomi kedua-dua negara menjadi lebih erat," jelas Chamil yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI).

Dalam mengeratkan hubungan itu, Malam Anugerah Kasih Iswami memberi Anugerah Wartawan diatas jasa pendidikan kepada Institut Teknologi Bandung dan Universitas Padjajaran. Malam Anugerah Kasih juga diadakan untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan wanita kedua-dua negara dalam bidang sosial, ekonomi dan maklumat. Ia juga diharap dapat meningkatkan lagi kerjasama di antara wanita kedua-dua negara. Oleh itu pemilihan Datuk Siti Nurhaliza yang dinobatkan sebagai Wanita Inspirasi dilihat memenuhi kriteria itu.

Anugerah Khas Iswami pula diberi kepada Allahyarham Des Alwi yang banyak jasanya dan usahanya dalam menjaga hubungan Indonesia dan Malaysia.

Daripada raut wajah delegasi Malaysia - kelihatan puas kerana misi untuk merapatkan jurang persefahaman antara Malaysia dan Indonesia dianggap berjaya.

Mesej menggalakkan interaksi antara wartawan Malaysia dan republik itu supaya wujud persefahaman yang lebih baik antara mereka terutama melibatkan isu-isu sensitif diyakini dapat direalisasikan melalui lebih banyak pertemuan Ismawi selepas ini.

Melalui pertemuan dan jalinan hubungan yang baik di antara 'pengawal media massa' di kedua-dua negara itu, diyakini ia mampu mengelakkan berlakunya salah faham, sama ada di pihak wartawan Indonesia mahu pun wartawan Malaysia berhubung sesuatu isu.

Bagi wartawan Malaysia, suasana ceria pertemuan di Bandung menunjukkan petanda baik.

Bersesuaian giliran Indonesia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini maka program Seminar Ekonomi Malaysia-Indonesia Maybank menjadi formula terbaik bagi mengintegrasi ekonomi kedua-dua negara yang juga penyumbang ekonomi terbesar di rantau ini.

Ia juga boleh mengembangkan kerjasama dan sinergi usahawan kedua-dua negara di dalam ASEAN dan di peringkat dunia.

Bidang perniagaan yang diberi tumpuan pada SEMI'10 Bandung ini ialah salon dan spa, kosmetik, jamu dan herba, produk dandanan, perhiasan, fesyen, busana serta produk makanan dan minuman halal.

Menurut Chamil, oleh kerana penganjur program ini ialah media massa sendiri, para peserta seminar secara langsung berpeluang menjalin hubungan dengan media Malaysia dan Indonesia, yang merupakan suatu elemen penting untuk aktiviti pemasaran dan perhubungan awam.

Peserta juga dapat berhubung terus dengan usahawan dan pembuat produk tanpa melalui orang tengah selain dapat memasar, membeli dan mempelajari produk Indonesia dan memadankan dengan perniagaan masing-masing.

Pengerusi Iswami Indonesia, Saiful Hadi, setiap kali diberi peluang berucap akan tetap menyeru supaya program-program seumpama ini perlu diperbanyakan lagi kerana ia boleh memberi gambaran yang lebih jelas khususnya terhadap isu-isu sensitif melibatkan Indonesia dan Malaysia.

SEMI'10 yang berlangsung sehari itu padat membahaskan tentang integrasi ekonomi ASEAN, kemudahan perdagangan dan sistem percukaian kedua-dua negara, kemudahan perbankan dan usahawan, penggunaan IT, pemasaran produk halal, perniagaan bidang 'kesejahteraan dan herba', dan kisah kejayaan kerjasama usahawan Malaysia--Indonesia.

Malaysia dan Indonesia menunjukkan komitmen untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dalam rancangan mennyokong wujudnya kawasan ekonomi ASEAN yang kuat dan menjadi tumpuan dunia.

"Kerjasama Malaysia dan Indonesia jelas memainkan peranan penting dalam mewujudkan komuniti kawasan ekonomi ASEAN yang kuat," kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Menurut beliau, selain sebagai pasaran berpotensi untuk sejumlah produk Malaysia, Indonesia juga menjadi lokasi penting sebagai salah sebuah negara untuk tujuan pelaburan.

Untuk sektor pelaburan, selama ini sudah banyak pelabur Malaysia yang melabur, terutama dari sektor kewangan, IT, pertanian, minyak dan lain-lain. "Untuk masa depan, kami akan meningkatkan pelaburan di sektor lain," kata beliau.

Kerjasama wartawan dan usahawan Malaysia dan Indonesia perlu ditingkatkan sehingga rancangan pembentukan Komuniti Ekonomi ASEAN pada 2015 boleh direalisasikan.

Semi'10 ini merupakan jambatan untuk meningkatkan perniagaan kedua-dua negara yang saling menguntungkan sehingga dapat memberikan kesan positif terhadap persahabatan negara serumpun.

Sempena majlis itu, satu perjanjian persefahaman dalam jaringan perniagaan ditandatangani antara Presiden Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita), Faridah A. Jabbar dan Ketua Umum Dewan Pimpinan Pusat Himpunan Pengusaha Pribumi Indonesia, Dr. Suryani Siddik Motik.

Seminar ekonomi Malaysia-Indonesia adalah hasil usaha media kedua-dua negara yang bergabung dalam Iswami serta mendapat pula sokongan penuh daripada kerajaan masing-masing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.