saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 02/02/2011

Mediu tawar biasiswa RM32 juta


Mohammad Khalifa Al-Tamimi


UNIVERSITI Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) menawarkan 1,600 geran biasiswa bernilai RM32 juta kepada para pelajar tempatan dan luar negara yang kurang berkemampuan bagi mengikuti pengajian di pusat pengajian tinggi tersebut.

Menurut Rektornya, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi, geran yang akan dikeluarkan secara berperingkat mulai sesi pengambilan Februari ini melibatkan pelajar pelbagai jurusan bagi kursus peringkat ijazah sarjana muda dan diploma.

Katanya, pembiayaan pengajian itu adalah sebahagian daripada program kemasyarakatan Mediu bagi memastikan para pelajar kurang berkemampuan tidak ketinggalan dalam mencapai cita-cita mereka.

“Ini bagi melahirkan graduan profesional dengan usahasama dijalankan dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk penarafan Malaysia sebagai hab pendidikan bertaraf dunia,” katanya ketika ditemui Mega, di pejabatnya di Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Mohamamad Khalifa berkata, bidang pengajian yang ditawarkan melalui geran biasiswa itu adalah melibatkan program bersepadu dalam usaha tenaga profesional bagi negara-negara Islam.

Katanya, pembiayaan itu melibatkan pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) atau pembelajaran secara dalam talian atau e-learning dan konvensional.

Katanya, bagi pengambilan Februari ini, 600 geran akan dikeluarkan iaitu 400 geran kepada pelajar Fakulti Sains Islam (FSI) dan Fakulti Bahasa (FB) dan 200 lagi bagi pelajar Fakulti Sains Pentadbiran dan Kewangan (FSPK) serta Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat (FKTM).

Menurut beliau, 1,000 lagi geran dikeluarkan pada sesi pengambilan September depan dengan 700 daripadanya diperuntukkan kepada pelajar FSI dan FB manakala selebihnya untuk pelajar FSPK dan FKTM.

“Program ini diharap mampu membantu generasi dari negara miskin dan negara yang sedang membangun untuk meneruskan usaha mereka membentuk jati diri yang berkebolehan dan berketerampilan,” jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.