saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 02/02/2011

Sahut seruan 1 juta penunjuk perasaan

KAHERAH 1 Feb. - Lebih 200,000 rakyat membanjiri ibu negara Mesir hari ini bagi menyahut seruan perhimpunan sejuta penunjuk perasaan dalam usaha menuntut pengunduran pemerintahan diktator Presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun.

Penunjuk perasaan termasuk penduduk dari wilayah pedalaman Delta Nil berpusu-pusu menuju Dataran Tahrir di pusat bandar raya Kaherah, ketika satu laporan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) menyatakan seramai 300 maut sepanjang bantahan dijalankan.

Keadaan yang terlalu sesak memaksa penunjuk perasaan terdiri daripada guru sekolah, petani, penganggur, mahasiswa, wanita bertudung dan lelaki yang memakai sut berhimpit-himpit di antara satu sama lain.

Mereka turut menyanyikan lagu kebangsaan dan melaungkan slogan 'Berambus, Berambus, Berambus!' ketika helikopter tentera berlegar-legar di ruang udara.

Tentera di pos-pos kawalan yang dibina di kawasan masuk Dataran Tahrir hanya memerhati dan tidak menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki kawasan tersebut.

Situasi di Dataran Tahrir juga agak tenang hari ini berbanding Jumaat lalu, apabila penunjuk perasaan bertempur dengan polis yang menyaksikan kedua-dua kumpulan saling pukul-memukul selain anggota polis yang bertindak menembak gas pemedih mata dan melepaskan meriam air terhadap orang awam.

Penunjuk perasaan dijangka berarak ke Istana Presiden tetapi menjelang tengah hari dengan bilangan mereka yang semakin bertambah, kumpulan tersebut masih belum bergerak keluar dari dataran berkenaan.

Penunjuk perasaan berkata, mereka mahu Mubarak meletak jawatan menjelang Jumaat ini.

"Sudah tiba masanya Mubarak berundur," kata graduan universiti Musab Galal, 23, yang datang dari Delta Nil, Menoufiya dengan menaiki bas bersama rakannya.

Penunjuk perasaan lain turut melaungkan 'Berambuslah Mubarak, pergi ke Arab Saudi atau Bahrain!'.

Sekiranya tunduk kepada desakan rakyat, Mubarak, 82, bakal menjadi pemimpin kedua Arab yang disingkirkan oleh satu kebangkitan reformasi dalam sejarah moden Asia Barat. - AP/ Reuters

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.