saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 02/02/2011

Pemenang raih lebih RM300,000

MUNGKIN ini boleh dikatakan sebagai hadiah tahun baru dan juga hadiah perkahwinan kami supaya majlis yang bakal diadakan meriah dan sempurna."

Itu antara luahan gembira Danial Hassan Basari, 25 dan tunangnya, Nurul Illyiana Nor Zaidi, 25, selepas dinobatkan sebagai juara Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Kedua.

Pasangan jurutera sistem dan pereka laman web itu mengakui tidak menjangkakan kejayaan tersebut milik kami mereka memandangkan kesemua sembilan finalis lain hebat-hebat belaka.

Malah akui anak kelahiran Johor ini, sehingga ke saat ini dia masih sukar menerima kemenangan tersebut adalah milik mereka berdua.

''Bila berjalan, saya merasakan semua memandang saya, maklumlah majlis kahwin akan ditaja,'' ujarnya.

Dengan kemenangan ini pasangan itu juga juga merupakan pasangan paling bertuah daripada lebih 10 ribu peserta lain yang turut menyertai peraduan anjuran Utusan Malaysia melalui sisipan Mega bermula sejak 9 Ogos lalu.

Tempat kedua pula dimenangi oleh pasangan doktor muda dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Farid Fikri Shukri, 26, dan Nur Natalia Ku Yusof, 21, manakala tempat ketiga menjadi milik pasangan pensyarah, Marni Azlina Deraman, 26, dan eksekutif audit, Mohd. Saharul Hisham Hashim, 27.

Tempat ke empat pula diraih oleh pasangan bakal guru, Mohd. Ridhuan Roselee, 24, dan Nur Yasmin Mahazir, 24.

Enam lagi pasangan finalis masing-masing menerima hadiah sagu hati ialah pasangan Tun Nor Azura Mohamed Hafizi dan Mohamad Aizuddin Khairuddin; Harizal Hashim dan Nurul Dayana Mohd. Zani; Nasran Shafiz Hassim dan Salina Aziz; Nurul Ainie Mohamad dan Mohd. Izham Saripudin; Nur Hasni Fariza Khairani dan Mohd. Firdaus Ashaari serta pasangan Mohd. Shuib Mohd. Deris dan Ainul Malina Ismail.

Peraduan menawarkan penajaan sepenuhnya majlis perkahwinan bernilai RM300,000 berupa pakej perkahwinan lengkap, wang tunai dan hamper.

Pakej perkahwinan tersebut meliputi sajian makanan yang ditaja oleh Mastar Catering (bagi pemenang ke dua hingga ke empat) dan Kampung Pengantin (pemenang pertama); Precious Moment (pelamin dan hiasan dewan); Afidah Khamis Makeup and Stuff (solekan); Dios Astana Bridal (busana pengantin); D'Sayang Entertainment (sistem pembesar suara); Motion Peektures (fotografi); CJ Print (kad kahwin) dan Sri Sutera Travel (pakej bulan madu).

Turut menjadi penaja AVON Cosmetics sebagai penaja utama peraduan, Syokkahwin.com., Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Utusan Online.

Sementara itu, Nurul Illyiana Nor Zaidi juga tidak menyangka kemenangan itu menjadi milik beliau dan tunangnya, Danial Hassan, malah teruja dengan kemenangan tersebut.

''Pada ketika itu yang terlintas di hati ialah untuk menghubungi kedua orang tua saya untuk memberitahu kejayaan tersebut,'' katanya yang berasal dari Terengganu.

Menceritakan pengalaman selama empat bulan ketika menyertai peraduan ini, pasangan ini mengakui pelbagai onak dan duri yang harus ditempuhi.

Malah anak kedua dari empat beradik ini berkata dia pernah putus semangat memandangkan terlalu sukar.

''Maklumlah, kami terpaksa kenalkan diri kami semata-mata untuk dapatkan undi. Tetapi Danial banyak memberikan kata-kata semangat untuk teruskan peraduan ini,'' ujarnya mengenangkan pengalaman sebelum ini.

Malah akui Nurul Illyiana lagi, kedua ibu bapanya juga turut ikut serta mengedarkan poster kami.

Sementara itu, pasangan Farid Fikri dan Nur Natalia menyifatkan kemenangan di tempat kedua banyak memudahkan majlis perkahwinan mereka.

''Walaupun di tempat kedua, kami sangat bersyukur dan menganggap kemenangan ini sebagai hadiah bermakna dalam hidup kami,'' ujar Nur Natalia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:10
Zohor 1:29
Asar 4:46
Maghrib 7:29
Isyak 8:39



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.