saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/02/2011

6 pelajar Malaysia tiba dari Mesir selepas tempuh detik cemas

SEPANG 2 Feb. - Seramai enam orang pelajar Malaysia dari Mesir selamat pulang ke tanah air hari ini selepas menempuh detik yang mencemaskan akibat terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir, selama tiga hari.

Kesemua mereka bernasib baik kerana berjaya menaiki pesawat Royal Jordanian Airlines dengan tambang RM2,000 seorang dari Mesir ke Amman, Jordan sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 6.45 petang ini.

Pelajar perubatan tahun dua Universiti Zagazig, Nor Atiqah Ismail Suhaimi, 21, berkata, mereka terpaksa mengharapkan bantuan daripada ahli keluarga di tanah air untuk membeli tiket kerana sudah kehabisan duit.

Nor Atiqah yang belajar di universiti sama dengan adiknya, Nor Aishah Ismail Suhaimi, 20, juga terpaksa beratur panjang dan berasak-asak dengan orang ramai sebelum berjaya menaiki pesawat.

"Semua sedih nak balik tapi tiada duit untuk beli tiket dan dalam masa sama kami juga kena tipu dengan Egypt Air kerana mereka jual tiket tetapi tiada penerbangan yang berlepas.

"Bila dah dapat tiket kapal terbang kami terpaksa beratur empat jam dan bersaing dengan orang Arab yang berbadan besar semata-mata mahu naik kapal terbang," katanya.

Tambahnya, keadaan menjadi semakin genting apabila bantuan makanan lambat dihulurkan kepada rakyat Malaysia yang terperangkap di lapangan terbang tersebut.

"Bantuan makanan daripada kedutaan kita agak lambat sampai dan tidak mencukupi. Mujurlah pihak kedutaan negara lain yang kasihan melihat kami kelaparan menghulurkan bantuan," katanya.

Sementara itu, seorang pelajar Malaysia yang melancong ke Mesir, Siti Maisarah Zaini, 20 berkata, dia terpaksa menempuh pengalaman menaiki kenderaan tentera ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

Penuntut Universiti Perubatan Moscow, Rusia itu berkata, keadaan di negara itu menjadi semakin tidak terkawal apabila orang ramai yang merusuh turut membawa senjata tajam.

"Saya dan kawan naik tren ke Iskandariah tetapi apabila sampai di sana untuk menuju ke lapangan terbang, kami tiba-tiba ditahan oleh tentera Mesir dan dibawa ke hostel atas alasan keselamatan.

"Kami melihat sendiri keadaan teruk di sana apabila rakyatnya bertempur dan merusuh dengan polis Mesir," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.