saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 03/02/2011

Risalah My Balik Pulau dianggap berbahaya

PULAU PINANG 2 Feb. - Pengedaran risalah My Balik Pulau yang mengandungi fakta sejarah tidak tepat disifatkan sebagai berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan kaum.

Presiden Alumni Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pulau Pinang, Abdul Said Hussain berkata, perbuatan tersebut seperti cuba menaikkan sentimen masyarakat Cina bahawa nenek moyang mereka yang mula-mula meneroka Balik Pulau, bukannya orang Melayu.

Menurutnya, sejarah sendiri telah menyatakan bahawa orang Melayu merupakan peneroka di situ dan fakta tersebut seharusnya tidak diubah.

"Saya nampak ada usaha pihak tertentu cuba mencerminkan seolah-olah orang Cina sudah bertapak lama di Balik Pulau sebelum kedatangan orang Melayu.

"Sejarah tetap sejarah, ia tidak boleh diubah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengedar risalah yang mengandungi fakta sejarah tidak tepat dan diragui kesahihannya di sekitar Balik Pulau khususnya di sekolah-sekolah sejak sebulan lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad yang mendedahkan perkara berkenaan berkata, meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu.

Wakil rakyat tersebut kesal kerana kandungan risalah tersebut seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu.

Selain itu, terdapat kandungan dan ilustrasi di dalamnya yang menghina orang Melayu.

Abdul Said memberitahu, ketika melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1997 dan 2002, beliau ada membuat kajian mengenai sejarah daerah barat daya di mana Balik Pulau terletak di dalamnya.

Jelas beliau, berdasarkan rekod pejabat pentadbiran British pada 1880, tamadun Melayu sudah lama wujud di situ sebelum ketibaan pendatang kaum lain.

Sebagai contoh, katanya, ketika itu sudah ada pemerintahan sistematik seperti penghulu dan masjid yang dijadikan pusat aktiviti masyarakat Melayu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.