saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 03/02/2011

Hotel lima bintang di Pedas

REMBAU 2 Feb. - Sebuah hotel resort bertaraf lima bintang bakal didirikan berdekatan taman tema air, Wet World Resort Hot Spring dekat Pedas di sini yang bakal memacu pembangunan daerah ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selain bilik penginapan, hotel itu juga akan mempunyai dewan persidangan bertaraf antarabangsa bagi membolehkan majlis bertaraf dunia diadakan di situ.

Beliau berkata, pembinaan hotel itu akan menarik kedatangan pelancong termasuk dari luar negara bukan saja ke taman tema air tetapi daerah Rembau secara amnya.

"Kedatangan pengunjung akan memanfaatkan penduduk dan membantu menjana pertumbuhan ekonomi di daerah ini," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis perjumpaan pemimpin bersama masyarakat di daerah Rembau di sini, hari ini.

Majlis itu melibatkan semua Exco kerajaan negeri, pegawai kanan kerajaan dan para pemimpin masyarakat.

Menurutnya, pada masa ini, sebanyak tiga syarikat telah menyatakan minat untuk membangunkan projek tersebut.

Beliau memberitahu, Unit Perancang Ekonomi Negeri sedang menyiapkan profail pembangunan projek tersebut bagi memberi peluang lebih banyak pihak membuat bidaan.

"Kita akan teliti bidaan ini dan mereka yang membuat cadangan yang terbaik akan diberikan peluang melaksanakan projek tersebut," katanya.

Kolam air panas semula jadi itu yang ditemui pada sekitar abad ke-19 adalah tarikan utama di Pedas.

Khasiat air kolam itu yang mempunyai kepanasan suhu antara 28 hingga 46 darjah Celsius itu dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kulit dan lenguh sendi serta mampu merenggangkan otot badan dan saraf yang tegang.

Pada 1998, kawasan itu telah dinaik taraf kepada taman tema air dan dikenali sebagai Wet World Resort Hot Spring yang dibuka pada 1999.

Pada majlis hari ini, Menteri Besar turut mengadakan dialog dengan para pemimpin masyarakat yang membangkitkan pelbagai masalah di tempat masing-masing atau mengemukakan cadangan tertentu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.