saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 04/02/2011

Tiga pemain bakal timba ilmu Liga-J

KUALA LUMPUR -- Walaupun rantau Asia Tenggara sudah ditakluk dalam saingan Piala Suzuki AFF baru-baru ini, Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berdiam diri dalam usaha mengekalkan kejayaan sedia ada.

Terbaru, FAM mengesahkan bahawa persatuan itu dalam perancangan untuk menghantar tiga pemain, Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali untuk tujuan pemilihan oleh kelab-kelab dalam saingan Liga Jepun (Liga-J).

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang berkata, pihaknya sedang menunggu kata putus Persekutuan Bola Sepak Jepun (JFA) selepas mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut baru-baru ini.

Tambahnya, idea penghantaran pemain Malaysia ke Jepun ditimbulkan dalam perjumpaan sempena Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Doha pada 6 Januari lepas.

''Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Timbalan Presiden FAM ada berjumpa dengan Setiausaha Agung JFA, Kohzo Tashima dan berbincang mengenai perancangan kita mahu menjalin kerjasama dengan negara itu.

''Sebagai langkah pertama, FAM mahu menghantar beberapa pemain menjalani pemilihan serta pendedahan dalam Liga-J sambil mencuba nasib beraksi dengan kelab-kelab di sana.

''Mereka telah nyatakan persetujuan untuk membantu kita dan mahu kita menghantar profil pemain di samping aksi mereka dalam cakera padat video (DVD) untuk tujuan penilaian. Buat masa ini kami sedang menunggu jawapan rasmi dari JFA, " katanya ketika dihubungi semalam.

Khairul, Norshahrul dan Safee adalah di antara pemain negara yang cemerlang dalam saingan Piala Suzuki AFF Disember lepas dan pemilihan mereka untuk dihantar menjalani pemilihan dalam Liga-J amat tepat.

Jika hasrat itu menjadi kenyataan, ia adalah pertama kali pemain Malaysia dihantar ke negara Matahari Terbit itu, yang baru muncul juara Piala Asia 2011 baru-baru ini.

Liga-J dianggap antara liga terbaik di Asia yang menempatkan banyak kelab hebat seperti Gamba Osaka, Urawa Reds, Kashima Antlers, Jubilo Iwata dan Nagoya Grampus.

Ditanya bila JFA akan memberikan jawapan, Azzuddin berkata, dia tidak dapat menyatakan dengan pasti.

''Sukar untuk saya beritahu tetapi saya berharap JFA akan menyatakan jawapan tidak lama lagi, '' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.