saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 04/02/2011

Artifak kesenian Islam China


Tempat bara cloisonne berenamel China abad ke-19 Masihi.


Masyarakat Asia Barat telah mengetahui tentang kepentingan tamadun China semenjak zaman sebelum Islam lagi. Ketika zaman Rasulullah SAW, China telah disebut dalam sebuah pepatah arab iaitu, 'tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China'.

Ini jelas menunjukkan bahawa kehebatan tamadun China telah tersebar luas ketika itu. Masyarakat Asia Barat direkodkan telah menetap di wilayah di bawah pemerintahan Maharaja China sejak dari abad ketujuh Masihi sewaktu pemerintahan Dinasti Tang.

Dokumen Dinasti Tang merekodkan tarikh rasmi Islam sampai ke China ialah ada tahun 651 Masihi apabila tiga utusan khalifah Uthman r.a yang diketuai oleh Sa'ad Ibn Abu Waqqas yang merupakan bapa saudara Rasulullah s.a.w dan juga sahabat baginda telah datang mengadap maharaja China untuk tujuan menjalin hubungan diplomatik.

Pada hakikatnya, hubungan perdagangan antara China dan Asia Barat adalah cara utama Islam sampai ke China. Dua jalan perdagangan yang paling penting ketika itu ialah Jalan Sutera yang bermula dari wilayah pemerintahan China merentasi Asia Tengah sebelum sampai ke Asia Barat.

Jalan yang kedua ialah jalan laut yang melalui Lautan Hindi dan Kepulauan Melayu sebelum sampai ke China. Orang Islam dikenali sebagai Ta-Shih yang bermaksud golongan yang memakai baju hitam dalam catatan laporan tahunan Dinasti Tang.

Selain perdagangan, banyak lagi peristiwa yang menyebabkan pertembungan budaya dan seni antara Islam dan China yang telah menghasilkan barangan kesenian Islam yang unik dalam kelasnya yang tersendiri.

Walaupun China tidak diperintah oleh dinasti Islam tetapi kesenian Islam tetap berkembang dan menyumbang kepada pemerkayaan seni dunia Islam keseluruhannya.

Barangan kesenian Islam China menggabungkan teknik pembuatan tradisional dan motif Islam seperti barangan seramik dan logam yang digunakan oleh masyarakat Islam China. Barangan seramik China yang diiktiraf kualitinya di seluruh dunia terutamanya sewaktu pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644 Masihi) telah menjadi barangan koleksi pemerintah beberapa empayar Islam.

Barangan seramik biru putih terutamanya menjadi pilihan utama dalam permintaan barangan dagangan dari China. Masyarakat Islam China telah memberikan sentuhan keindahan Islam dengan menggunakan tulisan khat sebagai motif hiasan barangan seramik biru putih yang dihasilkan. Antara pilihan ayat yang sering digunakan ialah syahadah, nama Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Motif bunga tempatan seperti bunga teratai dan bunga plum turut diabadikan di atas barangan seramik yang dihasilkan seperti teko teh dan pinggan mangkuk.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.